Jabatan Sistem Maklumat dan Pasukan Petugas Khidmat Masyarakat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Projek Iqra’ telah menganjurkan sebuah bengkel pembangunan lamanweb bersama dua buah rumah kebajikan iaitu Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi, Taman Maluri, Kuala Lumpur dan Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor pada 1 dan 2 November 2014 yang lalu.
Program yang dikendalikan oleh pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Dr. Nor Liyana Mohd. Shuib itu bertujuan untuk menjalankan aktiviti pertukaran ilmu dan servis bersama masyarakat.
Seramai 15 orang peserta daripada Pertubuhan Baitul Ehsan AlKhairi dan Pertubuhan Kebajikan & Bimbingan At-Taqwa Putra Perdana telah menghadiri program selama 2 hari ini yang telah diadakan di makmal komputer Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya.
Bengkel itu diterajui oleh dua orang instruktor yang mahir dalam bidang pembangunan laman web iaitu Mukhlis Mohd. Sapiyan dan Ahmad Sofiyuddin. Sukarelawan yang terdiri daripada pensyarah fakulti itu turut membantu peserta bengkel tersebut.
Sepanjang dua hari tersebut, kesemua peserta didedahkan secara teori dan praktikal kemahiranmembina laman web menggunakan WordPress, asas suntingan foto menggunakan perisian Photoscape.
Di majlis penutup program yang dirasmikan oleh Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Prof. Madya Dr. Abdullah Gani, kedua-dua kumpulan yang kini dikenali sebagai Webmaster Team bagi setiap rumah telah menerima sijil program disamping hadiah satu unit kamera digital bagi setiap rumah. Selain itu, setiap rumah juga menerima tajaan domain dan hosting rumah masing-masingselama 2 tahun.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_03.htm
Projek Iqra’ telah dijemput untuk menyertai kempen Projek Baginda yang digerakkan oleh Kindness.my bersama-sama dengan 6 lokasi seluruh Malaysia. Pertama kali berkolaborasi dengan Kindness, Projek Iqra’ terus menyahut seruan mereka. Kami memilih Putrajaya sebagai lokasi untuk edaran kepada orang ramai yang akan menyertai perarakan Maulidur Rasul.
Objektif utama program ini ialah memberikan sesuatu secara percuma kepada orang ramai. Dengan kerjasama Golden Republic (M) Sdn Bhd, syarikat bumiputera pertama di Malaysia yang menghasilkan bahan mentah untuk keperluan bakeri dan pelajar-pelajar Baitul Ehsan yang akan menyertai program Junior Apprentice telah merancang untuk membuat dan mengedarkan roti kurma kismis yang dipanggil sebagai Roti Cinta.
Pada 7 Januari 2014, satu program penajaan Roti Cinta telah dilancarkan. Dengan tajaan berjumlah RM1.50, sepeket Roti Cinta yang berisi dua keping roti kurma kismis akan diberikan kepada orang ramai yang berhimpun di Putrajaya pada pagi Maulidur Rasul.
Pada 9 Januari 2014, kesemua 600 peket telah mendapat tajaan sepenuhnya daripada orang ramai! Pendaftaran sukarelawan yang dibuka juga telah dipenuhi pada hari yang sama.
Pada 12 Januari 2014, 4 orang pelajar Baitul Ehsan bersama tim Projek Iqra’ telah ke lokasi Goldren Republic (M) Sdn Bhd untuk membuat roti-roti tersebut. Pelajar Baitul Ehsan yang terlibat ialah Nazirul Hakim Arman, Rabiah, Insyirah dan Fatimah. Kami juga turut disertai oleh Cikgu Farah, seorang guru subjek Kulinari yang mengajar di Port Dickson. Operasi bermula jam 10 pagi dengan proses mengasingkan kurma daripada bijinya dengan bimbingan Chef Izzat yang lebih dikenali sebagai #chefgarang yang baik hati sebenarnya 🙂
Selepas selesai, proses pembancuhan dough dilakukan dengan bimbingan Chef Izzat. Dough yang siap dipotong dan ditimbang mengikut sukatan satu buku roti dan dimasukkan ke bilik khas untuk proses proofing selama 1 jam 30 minit. Kami ke restoran berdekatan untuk menikmati makan tengahari (thanks Chef Izzat kerana belanja makan! ) dan kembali semula ke kedai untuk proses seterusnya.
Chef Izzat telah bermurah hati mengajar subjek tambahan iaitu membuat donut dengan menggunakan premix ConviBake Doughnut yang dihasilkan sendiri oleh Golden Republic (M) Sdn Bhd. Donut dibuat sementara menunggu roti dibakar. Setelah roti siap dibakar, dengan segera roti dikeluarkan daripada bekasnya dan disejukkan sebelum melalui proses pemotongan menjadi kepingan roti.
Pelajar Baitul Ehsan pula diajar cara menggoreng donut dengan betul. Setelah roti sejuk dan dipotong menggunakan mesin khas, tugas seterusnya ialah memilih kepingan roti yang baik dan cantik untuk dipek. 2 keping roti di pek dalam 1 bungkus. Kesemuanya sebanyak 50 buku roti (1300 keping) telah dihasilkan namun hanya 400+ peket roti (800+ keping roti dapat dibungkus kerana kami kehabisan plastik. 8 buku roti dan lebihan roti yang telah dipotong dibawa pulang untuk dimakan di Baitul Ehsan.
Donut yang telah digoreng disalut pula dengan pelbagai bijian coklat dan hiasan yang cantik. Juga dibawa pulang untuk dinikmati bersama rakan-rakan di Baitul Ehsan. Menjelang jam 3.30 petang, kami beransur pulang. Singgah di Bangi menghantar 2 pelajar yang belajar di kolej dan seterusnya ke Baitul Ehsan di Maluri.
Pada 13 Januari 2014, kami ke Baitul Ehsan bersama dengan peket-peket roti untuk disusun dalam beg-beg Projek Iqra’ untuk memudahkan agihan lepas solat Subuh di Masjid
Sultan Mizan Zainal Abidin atau yang lebih dikenali sebagai Masjid Besi di Putrajaya pada pagi Maulidur Rasul. Seramai 5 orang pelajar terpilih untuk menyertai misi ini iaitu Helmee, Nazirul Zakwan, Muzarith, Shahrun dan Farhan. Taklimat program juga diberikan kepada mereka.
Pada 14 Januari 2014 jam 5 pagi, kami tiba di Baitul Ehsan Taman Maluri untuk menjemput kelima-lima pelajar tersebut menuju ke Putrajaya. Tiba disana, kami menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Besi sebelum disertai oleh para sukarelawan yang turut serta membantu mengagihkan roti-roti tersebut kepada orang ramai yang berkumpul menunggu untuk perarakan.
Antara sukarelawan yang hadir ialah adik Muhammad Fahmi yang berusia 15 tahun, ayahnya Mohd Fariz, Nurlina Rusli, Mawardi Yunus, Nurul Amirah, Khairul Anuar, Azizi, Wan Akmal, Qaseh Dalia, suami kepada Fini Ahmad Zaini dan sukarelawan lain yang datang ad-hoc (mohon hubungi kami untuk kami dapatkan details anda). Jam 6.30 pagi hingga 7 pagi sukarelawan bersama adik-adik Baitul Ehsan berjalan di sekitar perkarangan masjid mengedarkan Roti Cinta.
Dalam masa kurang 30 minit, kesemua 400+ bungkus roti habis diedarkan. Ada yang datang mahukan lagi, ada yang memuji kesedapan roti itu. Ada yang terkejut bila diberitahu ia dihasilkan oleh pelajar Baitul Ehsan!
Jam 9 pagi, semua sukarelawan berkumpul untuk mengambil gambar dan bergerak ke restoran di Putrajaya untuk bersarapan pagi sebelum bersurai.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Kindness.my kerana menjemput Projek Iqra’ menyertai program ini. Jutaan terima kasih kepada Golden Republic (M) Sdn Bhd kerana membenarkan kami menggunakan premis dan alatan mereka untuk menghasilkan Roti Cinta dengan bimbingan Chef Izzat dan dibantu oleh Chef Munir dan Cikgu Farah. Jutaan terima kasih kepada pengurusan Baitul Ehsan AlKhairi kerana membenarkan anak-anak mereka menyertai projek ini.
Jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan dan blogger yang hadir menjayakan program ini di Putrajaya. Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada para penaja yang menaja program ini. Keseluruhannya sebanyak RM3,000 +- terkumpul daripada penajaan orang ramai, melepasi sasaran kami. Sebanyak RM1,175 dibelanjakan untuk kos penghasilan roti, kos pengangkutan, makan minum peserta dan sukarelawan semasa program, kos percetakan kad dan lain-lain. Baki RM1,800+ akan dimasukkan ke Tabung Projek Iqra’ untuk kegunaan program-program akan datang.
Koleksi foto program Chef Muda di Musim 1 tahun 2012 dibawah bimbingan Cikgu Khazz yang mengajar mereka secara sukarela.
Video diatas dirakam dalam salah satu kelas Chef Muda di Baitul Ehsan yang dianjurkan oleh Projek Iqra’ dengan kerjasama Khazz Bakery selaku tenaga pengajar sukarela bagi kumpulan pertama projek Chef Muda ini.
Seramai 11 orang anak-anak Baitul Ehsan telah dipilih untuk menyertai Program Chef Muda Projek Iqra’ Musim Pertama. Dalam episod pertama ini, mereka dibimbing oleh Chef Khazz dari Khazz Bakery. Mereka diajar dan membuat sendiri butter cake. Kesemua bahan yang digunakan untuk mereka membuat butter cake telah disumbangkan oleh penaja-penaja budiman.
[nggallery id=2]
Kelas berakhir jam 1pm dan kek diagih-agihkan kepada semua anak-anak Baitul Ehsan. Pada Episod 2 yang akan berlangsung selepas Hari Raya Aidiladha nanti ialah mereka akan diuji untuk membuat butter cake tanpa bimbingan guru dan mereka akan dibimbing cara menghias kek yang betul menggunakan icing dan bahan hiasan kek yang lain.
Tempoh Program
Fasa 1: Sebulan ( 4 kali kelas selama 4 jam setiap kelas sepanjang bulan Oktober pada setiap hari Ahad)
Tenaga Pengajar
En. Khairul Husni dari Khazz Bakery telah menawarkan diri untuk mengajar selama sebulan bagi fasa pertama ini
Lokasi Program
Rumah Baitul Ehsan
Subjek
Peserta:
10 orang kanak-kanak dan remaja Baitul Ehsan yang berminat dan terpilih untuk program Fasa 1. Mereka akan dipecahkan kepada 5 kumpulan.
Penajaan
Minggu 1: Butter Cake (kos dibawah untuk 5 set bagi 5 kumpulan)
5 unit Buttercup = RM20
2 peket gula cluster = RM7.00
2 kotak tepung serbaguna = RM2.70
2 karton telur = RM9
2 botol essent vanilla = RM6
2 set aluminium loaf pan = RM7
5 unit cake board = RM5
Jumlah = RM56.70 (SPONSORED)
Minggu 2: Orange Cake + icing + cake decoration (kos dibawah untuk 5 set bagi 5 kumpulan)
5 unit Buttercup = RM20
2 peket gula cluster = RM7
2 kotak tepung serbaguna = RM2.70
2 karton telur = RM9
3 unit mentega putih Cream Well = RM15
1kg gula icing = RM3.65
2 set aluminium loaf pan = RM7
1 unit Sprinkle K/V Heart 335g = RM16.80
5 unit cake board = RM5
5 biji buah oren = RM2.50
Jumlah = RM88.65 (SPONSORED BY MAZLIZA OTHMAN)
Minggu 3: Carrot Cake + icing + cake decoration (kos dibawah untuk 5 set bagi 5 kumpulan)
5 unit Buttercup = RM20
2 peket gula cluster = RM7
2 kotak tepung serbaguna = RM2.70
2 karton telur = RM9
3 unit mentega putih Cream Well = RM15
1kg gula icing = RM3.65
2 set aluminium loaf pan = RM7
5 unit cake board = RM5
5 batang carrot = RM2.50
Jumlah = RM71.85 (SPONSORED by Siti Hafizah)
Minggu 4: Marble cake (kos dibawah untuk 5 set bagi 5 kumpulan)
5 unit Buttercup = RM20
2 peket gula cluster = RM7.00
2 kotak tepung serbaguna = RM2.70
2 karton telur = RM9
2 botol essent vanilla = RM6
2 set aluminium loaf pan = RM7
5 unit cake board = RM5
5 botol pewarna = RM9.50
Jumlah = RM66.20 (SPONSORED by Rozana)
*harga diatas adalah berdasarkan harga pasaran ketika nota ini ditulis
Kami juga mencari mixer yang baru ataupun telah digunakan untuk diwakafkan kepada Baitul Ehsan. Jika anda ada, sila hubungi.
Dengan ini kami menjemput tuan/puan untuk menyumbang berdasarkan jumlah diatas. 1 sumbangan bagi 1 minggu. Ada 4 peluang untuk anda pilih. Untuk menyumbang sila lakukan langkah berikut:
Lebihan sumbangan (jika ada) akan digunakan untuk menambah barangan pembelajaran peserta program ini. Laporan lengkap setiap minggu akan dilaporkan di laman web www.projekiqra.com
Terima kasih.