FAQ

Frequently Asked Question


CADANGAN: Perbanyakkan aktiviti di Putrajaya - Azrul Ikhwan
Buat masa ini tiada program di Putrajaya. Jika ada idea, boleh emailkan kepada kami. Boleh sertai Kelas Rakyat yang diadakan di Rumah At-Taqwa Putra Perdana yang terletak tidak jauh daripada Putrajaya.
CADANGAN: Banyakkan mempromosikan Projek Iqra\' di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah - Amirul Afiq
Terima kasih. Projek Iqra\' baru sahaja bermula, masih cuba mencapai seramai mungkin sukarelawan dewasa. Jika sukarelawan dewasa ingin membawa anak menyertai, sangat dialukan. Untuk turun ke sekolah, kami tiada cukup tenaga kerja buat masa ni. Insya\' Allah idea ini disimpan dalam Bank Idea kami
CADANGAN: Wujudkan kerjasama dengan mahasiswa universiti - Siti Aisyah
Insya\' Allah. Sudah 2 kali kami membuka booth di UiTM Shah Alam. Aktiviti yang dijalankan juga banyak disertai oleh pelajar universiti dan pelajar kolej.
SOALAN: Bagaimana hendak sertai aktiviti Projek Iqra\'? - Nadhirah
Ikuti berita yang dipaparkan di Facebook Projek Iqra\' dan semak email (kerana sudah daftar sebagai sukarelawan, maka sudah berada dalam sistem mailing Sukarelawan Projek Iqra\\\') dari masa ke semasa untuk ketahui projek yang akan dijalankan dan bagaimana nak menyertai
CADANGAN: Menganjurkan Kelas Rakyat di Kuantan - Nur Adlin
Insya\' Allah, memang sudah mengintai peluang di Kuantan. Namun akan cuba uji semangat juang orang Kuantan terlebih dahulu dengan 2 projek kecil. Tunggu pengumumannya kelak :)
CADANGAN: Perjumpaan sukarelawan setempat / sedaerah untuk mengiatkan kerja sukarela - Rabiatul Adawiyah
Cadangan yang bagus. Biasanya kita akan berkumpul selepas selesai Kelas Rakyat. Untuk lokasi lain, kita akan cuba usahakan jika ada sukarelawan yang boleh gerakkan. Hubungi kami jika berminat.
CADANGAN: Mengadakan karnival atau acara dimana adik-adik di rumah kebajikan dapat menunjukkan bakat, buka gerai jualan dan orang ramai boleh terlibat - Siti Fatimah
Idea yang baik. Akan dimasukkan dalam Bank Idea. Jika berminat untuk gerakkan idea ni, hubungi kami
CADANGAN: Projek Iqra\' meluaskan gerakan ke seluruh negara - Fatin Atiqah
Idea yang bagus. Kita baru tubuhkan kumpulan di Kuantan. Juga sedang mengintai ada tak sukarelawan yang berani nak lead di daerah-daerah lain. Hubungi kami jika berminat
CADANGAN: Meluaskan pengiklanan ke universiti kerana ramai pelajar universiti ingin turut serta tapi tiada maklumat - Nurul Aqasyah
Insya\' Allah. Jika ada peluang berkunjung ke universiti, kami akan usahakan. Setakat ini kami pernah buka booth di UiTM Shah Alam
CADANGAN: Buatlah program di negeri Kelantan - Fairul dan Izzati
Insya\' Allah tahun hadapan sudah ada 1 program yang kami rancang di Kelantan. Jika ada sukarelawan Kelantan yang ada cadangan, idea dan berminat nak memulakan program disana serta sanggup mengetuai program itu, hubungi kami
CADANGAN: Adakan kursus sukarelawan, melakukan jualan amal, menjalankankan aktiviti luar berkaitan alam bersama anak yatim, program bersama pelajar universiti - Azizah Ramli
Cadangan bagus. Jika berminat nak lead, hubungi kami.
CADANGAN: Bagaimana pelajar luar negara dapat menyumbang kepada projek ini?
Memandangkan wujud kekangan jarak, pelajar luar negara boleh membantu dengan menghebahkan maklumat projek kepada keluarga dan rakan selain menyertai sebagai penaja program mengikut kemampuan sebagai pelajar
CADANGAN: Terangkan mengenai gelaran sukarelawan yang ada didalam Projek Iqra\', wujudkan ruangan FAQ program, tatacara menjadi sukarelawan - Mohd Sabri
Terima kasih kerana cadangan anda, ruangan ini diwujudkan. Gelaran sukarelawan Projek Iqra\' yang ada buat masa ini ialah: Sukarelawan Projek Iqra\' - sesiapa sahaja boleh daftar secara online, menerima hebahan melalui email dan boleh menyertai mana-mana program yang diadakan tertakluk kepada syarat bagi setiap program yang akan diterangkan ketika program dilancarkan di website dan FB Projek Iqra\' Sahabat Iqra\' - mereka yang aktif di media sosial iaitu blogger dan pemilik fanpage yang akan bertugas khusus menghebahkan informasi atau kempen Projek Iqra\' dari masa ke semasa melalui blog atau fanpage mereka. Ada Sahabat Iqra\' yang juga merupakan Krew Projek Iqra\' dan sebagai Sukarelawan Projek Iqra\' juga. Krew Projek Iqra\' - sukarelawan yang bertugas menguruskan sesuatu program. Misalnya sebagai pengurus projek, koordinator, AJK, fotografer dll
CADANGAN: Bagaimana saya boleh tahu jika saya terpilih menjadi sukarelawan? Saya ingin cadangkan supaya Projek Iqra\' bekerjasama dengan NGO-NGO lain. - Najhan Anis
Bila sudah daftar dan mula terima email daripada kami, maka anda sudah berdaftar sebagai sukarelawan. Projek Iqra\' memang sudah ada kerjasama dengan NGO-NGO lain seperti Teach For The Needs dan Kindness.my
SOALAN: Kalau saya tiada kelapangan masa, tak mengapakah jika saya tak dapat menghadiri sesuatu program Projek Iqra\'? - Putri
Jika anda telah mendaftar untuk menyertai suatu projek yang khusus, maklumkan kepada koordinator tersebut yang anda tak dapat hadir supaya mereka boleh cari pengganti. Sukarelawan yang sudah daftar untuk suatu program, sudah beri pengesahan tetapi ghaib pada hari program tanpa alasan kukuh terpaksa kami senaraihitamkan kerana sudah menyusahkan pengurusan projek tersebut. Ini sering berlaku dalam projek-projek yang lepas. Kasihan kepada adik-adik yang menunggu tak kunjung tiba.
SOALAN: Saya admin kepada group outdoor. Bolehkah panggil ahli saya untuk sertai sama? - Wan Hafizan
Boleh, tiada masalah.
SOALAN: Saya tiada kenderaan sendiri dan tinggal jauh dari lokasi program. Bagaimana saya boleh sertai? - Muhd Hariz
Anda boleh berpakat dengan kawan yang ada kenderaan. Kadangkala jika kami tahu ada sukarelawan dekat kawasan anda, kami akan tanya jika boleh tumpangkan. Walaubagaimanapun kami tak mahu susahkan anda jika lokasi tak sesuai. Banyak cara boleh bantu selain daripada hadiri secara fizikal. Membuat hebahan di Facebook, klik Share pada kempen-kempen yang kami jalankan adalah antara tugas yang sukarelawan boleh lakukan. Semakin ramai orang tahu mengenai kempen tersebut, semakin tinggi peluang untuk kempen itu berjaya dijalankan.