PROJEK IQRA`

PROJEK IQRA`


Projek Iqra’ ini diasaskan oleh 3 orang sahabat yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998 hingga 2001 iaitu Maman Solleh, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad yang telah bergiat aktif didalam pelbagai projek amal dan kesukarelaan semenjak tahun 2010. Kini kami disertai oleh 4 orang sahabat lain menjadikan 7 orang kini didalam pasukan Projek Iqra’.


Idea Projek Iqra’ ini tercetus setelah mendengar dan melihat sendiri kesukaran anak-anak yatim lepasan SPM menyambung semula pelajaran walaupun berminat dan mempunyai kelayakan kerana tidak mempunyai wang untuk mem bayar yuran pendahuluan di pusat pengajian tinggi, membeli perkakasan seperti buku dan peralatan untuk memulakan pengajian dan pelbagai kekangan lain yang menjadi tembok penghalang bagi mereka meneruskan cita-cita.

 

Selain itu Projek Iqra’ juga bekerjasama dengan rumah-rumah anak yatim dalam menjalankan program berbentuk pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi yang boleh memberikan manfaat.

Pada 25 Januari 2013, Projek Iqra’ telah didaftarkan secara sah dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dengan nama PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA dan No Pertubuhan:PPM-006-14-25012013 

Sijil Pendaftaran Projek Iqra’


AKAUN BANK RASMI PROJEK IQRA’

 

Bank: Maybank
Nama Akaun: Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia
No Akaun: 5648-1050-4003


JAWATANKUASA PROJEK IQRA’

Jawatan Nama
PENGERUSI Mohd Solleh Mahfuz
NAIB PENGERUSI Sharifah Sharina Syed Aswad
Setiausaha Sabiha Abdul Jalil
Penolong Setiausaha Nur Syaza Azrudin
Bendahari Suhaimi Abdul Manan
AJK Nor Azizudin Jamaludin
AJK Nurulin Hafsya Yaacob
Juruaudit yang dilantik : AZMAN AHMAD & CO

 

Info Berkaitan