Polisi Penajaan /Sumbangan
  1. Transaksi sumbangan boleh dilakukan dengan mendepositkan terus ke akaun bank Projek Iqra’ dan bukannya ke akaun individu
  2. Projek Iqra’ tidak melantik mana-mana pihak ketiga sama ada individu atau organisasi untuk menerima wang sumbangan bagi pihak kami kecuali ia dinyatakan pada program-program kolaborasi usaha sama tertentu.
  3. Oleh itu, mana-mana sumbangan yang tidak menggunakan akaun rasmi Projek Iqra’ adalah dianggap tidak sah. Transaksi yang tidak sah adalah transaksi yang tidak dapat pengesahan penerimaan dan tiada resit dikeluarkan. Transaksi ini juga tidak akan direkodkan sebagai transaksi sumbangan.
  4. Penyumbang digalakkan menghubungi Projek Iqra’ untuk membuat semakan dan pengesahan sebelum melakukan sebarang transaksi jika mendapati sebarang aktiviti pengumpulan dana yang meragukan oleh mana-mana individu atau organisasi yang menggunakan logo atau nama Projek Iqra’.


Sebarang pertanyaan lanjut Sila berhubung dengan :


Bendahari (Suhaimi) WHATSAPP 019-2175597
*polisi ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi rujukan dan panduan semua pihak.*