MEDIA PROJEK IQRA`

MyHarapan Social Entrepreneur BootCamp


myharapan social entrepreneur bootcamp Pada 27 September 2013 hingga 29 September 2013, dua orang daripada team Projek Iqra’ iaitu Sharifah Sharina dan Noor Suhaila telah menghadiri kursus Social Entrepreneur Bootcamp anjuran MyHarapan. Ini kali pertama sejak persatuan ditubuhkan secara rasmi mendapat peluang menyertai kursus yang amat hebat ini. Kursus ini telah diadakan di Hotel Armada, Petaling Jaya dengan yuran yang sangat berpatutan iaitu RM350 seorang. Kami beruntung sekali dapat menyertai program ini kerana disaat akhir baru tahu akan kewujudan kursus ini dan akhirnya diterima masuk juga meskipun pendaftaran telah ditutup.

myharapan social entrepreneur bootcamp Dalam kursus ini kami bersama lebih 30 orang peserta daripada pelbagai syarikat perniagaan sosial dan NGO didedahkan dengan banyak ilmu penting perihal perniagaan sosial atau lebih dikenali sebagai social entrepreneurship.

myharapan social entrepreneur bootcamp Kami didedahkan dengan pelbagai teknik yang perlu ada dan dilakukan sebelum menjalankan sesuatu projek. Kami juga diajar untuk merancang dan memikirkan bagaimana projek itu boleh membawa ‘sustainability’ kepada persatuan atau syarikat.

Antara topik yang kami pelajari:

1.Discovering Social Business
2. Ethnography
3. Design thinking
4. Business Model Canvas
5. Basic impact measurement tools
6. Marketing, financial, human resources and project management
7. Impactful proposal development
8. Presentation skills

myharapan social entrepreneur bootcamp Kami juga dapat belajar banyak ilmu yang bagus daripada mentor-mentor yang hebat seperti Ellynita Lamin daripada Social Enterprise AllianceAdam Hirsch daripada StartupSEO, Rita Rohini Joshua daripada SolveIt360.com yang banyak membuka mata kami mengenai project management dan ramai lagi.

myharapan social entrepreneur bootcamp myharapan social entrepreneur bootcamp Kelas penuh dari awal pagi hingga lewat malam. Kami diasak dengan pelbagai ilmu dan persoalan yang membakar minda. Insya’ Allah ilmu yang baik-baik ini akan kami aplikasikan dengan sebaiknya.