LAWATAN PELAJAR KELAS RAKYAT 2018

LAWATAN PELAJAR KELAS RAKYAT 2018

Tajaan Minima

RM 10.00

Sasaran

RM 8500.00

27.00% Complete

INFORMASI KEMPEN


TAJAAN UNTUK LAWATAN PELAJAR KELAS RAKYAT 2018

Tajaan KINI telah dibuka.

Program pembangunan pendidikan ini untuk anak-anak yang masih belum menguasai asas membaca dan mengira seperti yang sepatutnya.

Mereka disaring daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Kelas Rakyat 2018 yang memasuki tahun ke-6 akan berjalan selama 9 bulan.

Setelah berjaya memastikan program berjalan secara konsisten sebelum ini, Kelas Rakyat 2018 bakal menyaksikan manfaat ini disebar luas kepada anak-anak komuniti berpendapatan rendah dan tercicir pelajaran.

 

PENGENALAN PROGRAM KELAS RAKYAT

Kelas Rakyat dijalankan secara mingguan dirumah kebajikan dan komuniti yang terpilih sejak 2013. Program ini disertai oleh sukarelawan yang berperanan sebagai pengajar subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan BM Penulisan dengan menggunakan modul i-Sina.

Setiap sesi kelas memakan masa selama 2 jam. Program ini di reka untuk 3 bulan (satu semester) dan berlangsung sepanjang tahun kecuali pada cuti sekolah dan bulan Ramadan

Program Kelas Rakyat kini berlangsung di :-

  1. PPR Seri Cempaka, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
  2. PPR Pinggiran Bukit Jalil, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
  3. Kg. Kerdas, Gombak, Selangor
  4. Taman Aman Sejahtera , Parit Buntar Perak
  5. Flat Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan

Seramai kira kira 140 pelajar (dari lokasi 1 hingga 4 )  telah terpilih untuk menerima ‘Reward’ yang berdasarkan kriteria-kriteria berikut  :-

  1. Kedatangan
  2. Disiplin & adab
  3. Komitmen menyiapkan modul yang diberikan

Lawatan ini akan disertai oleh 40 sukarelawan pengiring yang terdiri daripada sukarelawan sukarelawan program Kelas Rakyat mengikut lokasi masing masing

* bagi lokasi Nilai , reward untuk lokasi mereka adalah –  program lawatan ke muzium coklat (bulan Sept)  dan juga kursus penghayatan solat (Okt)

OBJEKTIF LAWATAN : 

1) Memberi peluang para pelajar untuk menimba pengalaman baru

2) memberi penghargaan kepada pelajar diatas usaha dan komitmen sepanjang program berlangsung untuk tahun 2018

TAJAAN YANG DIPERLUKAN

  • Kos yang diperlukan : RM 8,500

JUMLAH PELAJAR+ SUKARELAWAN PENGIRING = 180 orang 

  • Kos seorang pelajar dan sukarelawan pengiring         = RM 50/orang
  • tajaan dibuka dengan kadar RM10/sahaja

 

CADANGAN LOKASI : –

  1. KIDZANIA
  2. PUSAT SAINS NEGARA

PECAHAN KEMPEN /PEBELANJAAN LAWATAN KE KIDZANIA adalah merangkumi :-

  1. Kos sewaan  pengangkutan
  2. Takaful kemalangan berkelompok
  3. Makan minum pelajar dan sukarelawan pengiring

Inshallah , pihak Projek Iqra’ sedang berusaha untuk mendapatkan tiket masuk ke KIDZANIA pada kadar ” percuma” bagi tujuan lawatan ini

TAJAAN RM 50 SUDAH DIBUKA!

LAPORAN KEMPEN:

** MAKLUMAT LANJUT MENGENAI JUMLAH KEMPEN SETIAP BULAN AKAN DIKEMASKINI DARI MASA KE SEMASA**

BAGAIMANA UNTUK MENAJA KEMPEN TAJA LAWATAN – REWARD KELAS RAKYAT 2017

1) Masukkan jumlah tajaan yang anda mahu taja diruang diatas kotak ‘TAJA SEKARANG’

2) Klik button TAJA SEKARANG

3) LANGKAH 1: BUTIRAN TAJAAN. Pilihan Pembayaran iaitu pilih nama bank yang anda gunakan.

4) Masukkan maklumat yang diperlukan: Nama, Email, RM, No Telefon dan Alamat

6) LANGKAH 2: PENGESAHAN. * Semak Informasi Anda. Jika semuanya tepat, klik butang CONFIRM

7) Anda akan dibawa ke website mobile88.com dan pastikan ada logo Projek Iqra’ terpapar. Klik butang Proceed. Web online banking pilihan anda akan terpapar.

8) Masukkan username dan password sepertimana anda lazim menggunakan online banking. Corporation Name: Mobile88.Com Sdn Bhd ini ialah nama syarikat penyedia perkhidmatan payment getaway yang Projek Iqra’ gunakan. Prosesnya seterusnya seperti proses online banking yang anda biasa lakukan.

9) Setelah selesai, anda akan dibawa kembali ke website Projek Iqra’ dan satu resit akan dihantar ke email anda secara automatik

———————————————————————————————–

Atau,

KAEDAH MANUAL:

Bank-in atau online transfer ke :

Akaun MAYBANK Projek Iqra’ di no akaun : 564810504003

Akaun CIMB Projek Iqra’ di no akaun         : 8602657454

Akaun Bank Islam Projek Iqra’ di no akaun : 12122010012852

diatas nama : PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA

dan emailkan slip transaksi ke : info@projekiqra.com atau

WhatsApp ke 016-2065597  (Suhaimi) bagi mendapatkan resit sumbangan.

Ikuti perkembangan program Kelas Rakyat di:

www.fb.com/projekiqra

Twitter & Instagram Projek Iqra’