KEMPEN PELUANG KEDUA

KEMPEN PELUANG KEDUA

Tajaan Minima

RM 10.00

Sasaran

RM 30000.00

55.00% Complete

INFORMASI KEMPEN


PERMASALAHAN / ISU : 

Remaja yang tamat sekolah/berhenti awal , tetapi;

*Tiada hala tuju selepas belajar (disebabkan kurang info dan sokongan )

*Minat bidang kemahiran tetapi tiada pengetahuan kemasukan ke institusi tersebut.

*Kekangan kewangan

*Berhadapan dengan stigma masyarakat dan keluarga (bagi lepasan sekolah pemulihan contohnya Sekolah Henry Gurney dan seumpama dengannya )

 

SOLUSI : KEMPEN PELUANG KEDUA

 

Pihak Projek Iqra’ akan :-

  • Kenal pasti minat pelajar
  • Pendedahan kepada peluang yang ada
  • Perkenalkan program kemahiran
  • Mewujudkan sistem sokongan di awal pengajian
  • Kaunseling
  • Sokongan moral
  • Sokongan kewangan dengan membantu pelajar pelajar ini menyelesaikan kos permulaan yang diperlukan bagi kemasukan ke pusat latihan / IPTA & IPTS

 

SASARAN KEMPEN  :-

Kos yang diperlukan : RM 1,500/pelajar

Jumlah pelajar yang dibantu : 20 Pelajar

Jumlah yang disasarkan adalah RM 30,000

 

PECAHAN KOS DAN PERBELANJAAN KEMPEN :-

Akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ,

  • Kos mengurus (menyelia, melawat, menyelesaikan urusan urusan yang berkaitan)
  • Tabungan (menyediakan satu tabungan bagi membantu pelajar pelajar ini menyelesaikan urusan dan kos yang diperlukan dalam melanjutkan pelajaran)