KEMPEN DAPUR CHARITY 2018

KEMPEN DAPUR CHARITY 2018

Tajaan Minima

RM 17.00

Sasaran

RM 10200.00

86.00% Complete
INFORMASI KEMPEN

Ahlan wa Sahlan Ramadhan.

Semarakkan semangat Ramadhan dengan menaja pek berbuka puasa.

Projek ‘Dapur Charity’ akan :

Mengedarkan 600 pek berbuka puasa berserta info bermanfaat untuk mengimarahkan bulan mulia ini di beberapa lokasi terpilih pada bulan Ramadan ini.

Pek ini dikenali sebagai BINGKISAN RAMADAN

Anda dijemput menjadi penaja untuk kos makanan dan bahan bahan bacaan serta bingkisan yang diedarkan  sepanjang  Ramadhan.

Antara senarai yang akan dimasukkan kedalam BINGKISAN RAMADAN Adalah :-

1)        Kurma

2)        Air mineral

3)        Buah-buahan

4)        Kad ramadan ( diedarkan pada awal Ramadan)

5)        Jurnal Ramadan (diedarkan pada awal Ramadan)

6)        Sampul Raya (diedarkan pada pertengahan dan penghujung Ramadan)

PENERIMA MANFAAT

Orang awam,

warga kerja hospital dan pelawat hospital terpilih,

unit badan beruniform, warga kerja perkhidmatan awam

dan penduduk sekitar komuniti terpilih.

 

KEMASKINI LOKASI UNTUK PENGAGIHAN (TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN DAN PERUBAHAN) :-

  1. 22/05 (selasa) : HKL
  2. 30/05 (rabu )   : Sekitar LRT Ampang Line/Sentul Line
  3. 06/06 (rabu)    : Maluri rapid depot dan sekitarnya
  4. 12/06 (rabu)    : HKL

 

SASARAN

600 PEK pada Kadar RM 15/pek = RM 9,000

Kos pengurusan program = RM 1,000

Kos pemasaran =  RM 200

JUMLAH KESELURUHAN YANG DIPERLUKAN : RM 10,200

TAJA 1 PEK BINGKISAN RAMADAN  :  RM17

TEMPOH KEMPEN

Sehingga 10Ramadhan

CARA TAJAAN

BAGAIMANA UNTUK MENAJA PROJEK DAPUR CHARITY?

1) Masukkan jumlah tajaan yang anda mahu taja diruang diatas kotak ‘TAJA SEKARANG’

2) Klik button TAJA SEKARANG

3) LANGKAH 1: BUTIRAN TAJAAN. Pilihan Pembayaran iaitu pilih nama bank yang anda gunakan.

4) Masukkan maklumat yang diperlukan: Nama, Email, RM, No Telefon dan Alamat

6) LANGKAH 2: PENGESAHAN. * Semak Informasi Anda. Jika semuanya tepat, klik butang CONFIRM

7) Anda akan dibawa ke website mobile88.com dan pastikan ada logo Projek Iqra’ terpapar. Klik butang Proceed. Web online banking pilihan anda akan terpapar.

8) Masukkan username dan password sepertimana anda lazim menggunakan online banking. Corporation Name: Mobile88.Com Sdn Bhd ini ialah nama syarikat penyedia perkhidmatan payment getaway yang Projek Iqra’ gunakan. Prosesnya seterusnya seperti proses online banking yang anda biasa lakukan.

9) Setelah selesai, anda akan dibawa kembali ke website Projek Iqra’ dan satu resit akan dihantar ke email anda secara automatik

———————————————————————————————–

Atau,

KAEDAH MANUAL:

Bank-in atau online transfer ke Akaun MAYBANK Projek Iqra’ di no akaun : 564810504003

diatas nama : PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA

dan emailkan slip transaksi beserta maklumat

NAMA PENUH, ALAMAT SURAT MENYURAT & NO HP  ke : info@projekiqra.com atau

WhatsApp ke 016-2065597 ( Bendahari : Suhaimi) bagi mendapatkan resit sumbangan.