Kelas Rakyat 2017

Kelas Rakyat 2017

Tajaan Minima

RM 50.00

Sasaran

RM 94500.00

68.00% Complete
INFORMASI KEMPEN

TAJAAN UNTUK KELAS RAKYAT 2017

Tajaan untuk Kelas Rakyat 2017 telah dibuka. Program pembangunan pendidikan ini untuk anak-anak yang masih belum menguasai asas membaca dan mengira seperti yang sepatutnya. Mereka disaring daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Kelas Rakyat 2017 yang memasuki tahun ke-5 akan berjalan selama 9 bulan. Setelah berjaya memastikan program berjalan secara konsisten sebelum ini, Kelas Rakyat 2017 bakal menyaksikan manfaat ini disebar luas kepada anak-anak komuniti berpendapatan rendah dan tercicir pelajaran.

PENGENALAN PROGRAM KELAS RAKYAT

Kelas Rakyat dijalankan secara mingguan dirumah kebajikan dan komuniti yang terpilih sejak 2013. Program ini disertai oleh sukarelawan yang berperanan sebagai pengajar subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan BM Penulisan dengan menggunakan modul i-Sina.

Setiap sesi kelas memakan masa selama 2 jam. Program ini di reka untuk 3 bulan (satu semester).

Kempen crowd funding dilancarkan untuk memberi peluang kepada orang ramai yang mahu merebut peluang untuk menaja program ini.

Kelas Rakyat 2017 akan diperbaiki dengan penambakbaik berikut;

  1. Membuka Kelas Rakyat untuk sekolah menengah dan Kelas Baca di PPR Seri Cempaka kerana ramai pelajar tahun lepas telah naik ke sekolah menengah, namun masih memerlukan bantuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca.
  1. Memperkenalkan Reward System yang telah direka khas untuk menarik minat pelajar hadir dan tidak ponteng kelas.
  1. Kelas Rakyat menggunakan modul khas I-Sina yang mengikut tahap kebolehan murid.Membuka lokasi baru kelas iaitu di Komuniti Kg Orang Asli Batu 12 & PPR Pinggiran Bukit Jalil
  2. Kempen Kelas Rakyat akan dijalankan mengikut lokasi. Namun begitu penaja boleh menaja untuk pelajar dimana-mana lokasi.

OBJEKTIF:

1) Memberi bantuan dalam pelajaran anak-anak dirumah kebajikan dan komuniti yang terlibat untuk jangkamasa 3 bulan setiap semester dan tidak bersifat one-off.

2) Menjadi platform kepada sukarelawan berganding bahu untuk membantu anak anak yatim, miskin , asnaf dan corot dilokasi-lokasi yang terlibat dalam memperbaiki tahap penguasaan membaca , menulis dan mengira, supaya dapat memantapkan pemahaman subjek-subjek yang dipelajari disekolah.

3) Membuka peluang untuk penderma/penaja menaja supaya ilmu yang bermanfaat dapat disampaikan dengan berkesan agar faedahnya berpanjangan sebagai amal jariah. In Sha Allah ganjarannya mengalir walaupun nyawa sudah berpisah dengan badan.

SASARAN:

210 orang Pelajar yang terlibat untuk program Kelas Rakyat 2017 adalah daripada komuniti berikut:-

  1. Komuniti Taman Sejahtera , Parit Buntar, Perak
  2. Komuniti Flat Taman Semarak , Nilai, Negeri Sembilan
  3. Komuniti PPR Seri Cempaka, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
  4. Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil, Kuala Lumpur
  5. Komuniti Kg Kerdas, Gombak, Selangor

PERJALANAN KEMPEN

Kempen Kelas Rakyat 2017 akan dijalankan bermula Januari 2017 hingga November 2017

TAJAAN YANG DIPERLUKAN

Kos seorang pelajar untuk sebulan = RM50

Sasaran pelajar yang perlu ditaja sebulan = 210 orang

Sudikah anda berganding bahu menjadi agen perubahan untuk perkembangan pendidikan anak-anak ini?

PECAHAN KEMPEN /PEBELANJAAN PROGRAM KELAS RAKYAT

TAJAAN RM 50.00 SUDAH DIBUKA!

LAPORAN KEMPEN:

** MAKLUMAT LANJUT MENGENAI JUMLAH KEMPEN SETIAP BULAN AKAN DIKEMASKINI DARI MASA KE SEMASA**

BAGAIMANA UNTUK MENAJA PROGRAM KELAS RAKYAT 2017?

1) Masukkan jumlah tajaan yang anda mahu taja diruang diatas kotak ‘TAJA SEKARANG’

2) Klik button TAJA SEKARANG

3) LANGKAH 1: BUTIRAN TAJAAN. Pilihan Pembayaran iaitu pilih nama bank yang anda gunakan.

4) Masukkan maklumat yang diperlukan: Nama, Email, RM, No Telefon dan Alamat

6) LANGKAH 2: PENGESAHAN. * Semak Informasi Anda. Jika semuanya tepat, klik butang CONFIRM

7) Anda akan dibawa ke website mobile88.com dan pastikan ada logo Projek Iqra’ terpapar. Klik butang Proceed. Web online banking pilihan anda akan terpapar.

8) Masukkan username dan password sepertimana anda lazim menggunakan online banking. Corporation Name: Mobile88.Com Sdn Bhd ini ialah nama syarikat penyedia perkhidmatan payment getaway yang Projek Iqra’ gunakan. Prosesnya seterusnya seperti proses online banking yang anda biasa lakukan.

9) Setelah selesai, anda akan dibawa kembali ke website Projek Iqra’ dan satu resit akan dihantar ke email anda secara automatik

———————————————————————————————–

Atau,

KAEDAH MANUAL:

Bank-in atau online transfer ke :

Akaun MAYBANK Projek Iqra’ di no akaun : 564810504003

Akaun CIMB Projek Iqra’ di no akaun : 8602657454

Akaun Bank Islam Projek Iqra’ di no akaun : 12122010012852

diatas nama : PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA

dan emailkan slip transaksi ke : info@projekiqra.com atau

WhatsApp ke 019-2175597  (Suhaimi) bagi mendapatkan resit sumbangan.

Ikuti perkembangan program Kelas Rakyat di:

www.fb.com/projekiqra

Twitter & Instagram Projek Iqra’

Save

Save

Save

Save

Save