MEDIA PROJEK IQRA`

INFO: Kelas Rakyat Casa Harapan, Kuantan


Kelas Rakyat Casa Harapan Kuantan

Kelas Rakyat di Casa Harapan, Kuantan diadakan pada setiap hari Ahad jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 23 orang kanak-kanak disana dari umur 5 tahun hingga 14 tahun.

Jadual Kelas Rakyat Casa Harapan

Seramai 5 – 10 orang sukarelawan diperlukan pada setiap sesi Kelas Rakyat. Tiada paksaan untuk hadir setiap Ahad. Tetapi digalakkan dan ehemmm….insya’ Allah ada hadiah untuk sukarelawan paling rajin hadir 🙂

Sesiapa pun boleh menjadi sukarelawan dari seawal usia 10 tahun.

Peralatan yang perlu dibawa oleh sukarelawan ialah alatulis. Pen warna merah untuk menanda latihan. Modul akan disediakan iaitu modul i-Sina.

Tugas sukarelawan ialah membimbing adik-adik di Casa Harapan dalam latihan menggunakan modul yang disediakan. Mereka akan menyiapkan kerja sekolah dahulu dan kemudian akan membuat latihan Matematik dan Bahasa Inggeris.

Sukarelawan akan diberi 2 atau 3 orang adik untuk dijaga.

Setiap minggu pengumuman akan dikeluarkan di Facebook Projek Iqra’ pada hari Selasa samada kelas akan diadakan atau dibatalkan (jika rumah ada program lain atau pelajar ada sekolah ganti)

Sertai Facebook Group KELAS RAKYAT CASA HARAPAN, KUANTAN

Untuk menyertai sebagai sukarelawan Kelas Rakyat di Casa Harapan, Kuantan sila hubungi Koordinator Zarul Haslil Jalinu 019-9804000 untuk mendapatkan info lanjut seperti alamat lokasi dan mendaftarkan nama anda.

Team Koordinator Kelas Rakyat Kuantan : Fais Taib dan  Zarul Haslil Jalinu

Alamat Casa Harapan: A 1868, Lorong Tok Sira 58, Taman Teluk Cempedak, Pahang, 25050 Kuantan, Pahang