MEDIA PROJEK IQRA`

EKSPO BUKU ISLAM PUTRAJAYA 13


LAPORAN EKSPO BUKU ISLAM PUTRAJAYA 2015
TARIKH : 27 Feb – 8 Mac 2015
MASA : 9 AM -7 PM ( Isnin -Jumaat)
9 AM – 9PM (Sabtu & Ahad)

TEMPAT : AUDITORIUM CEMPAKA SARI, PRESINT 3 PUTRAJAYA

poster

 

Alhamdulillah buat pertama kalinya Projek Iqra’ membuka booth bersempena Ekspo Buku Islam Putrajaya 13 yang di anjurkan oleh Sinergi Ilmu pada 27 Februari – 8 Mac 2015. Ini merupakan pengalaman pertama dan berharga buat kami untuk julung kalinya menyertai ekspo buku ini.

Selain itu, antara tujuan utama kami berada di sana adalah untuk memperkenalkan dan membuat hebahan kepada orang awan mengenai aktivit bersukarelawan yang dijalankan persatuan dan juga membuat jualan amal KOMIK ABU NUWAS SIRI 1 ( http://bitly.com/komiksiri1 )

Alhamdulillah Komik Abu Nuwas #2 juga sudah boleh di buat Pre Order di http://bitly.com/KomikSiri2

Untuk pengetahuan semua, Projek Iqra’ merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan ROS (Register of Society) pada 25 Januari 2015 dengan nombor pendaftaran persatuan PPM-06-14-25012013. Alhamdulillah usia persatuan kami sudah mencecah dua tahun. Doakan kami semoga terus istiqamah untuk membantu membaiki tahap pendidikan dan kebajikan kanak-kanak dan remaja yang kurang berkemampuan samaada di rumah kebajikan adtau komuniti setempat.

Program yang hampir sepuluh hari ini juga di bantu dengan jayanya dengan beberapa sukarelawan Projek Iqra’ yang hadir membantu menjaga booth dan menjadi tulang belakang untuk menceritakan program-program yang di jalankan persatuan kepada orang awam terutamanya Program Kelas Rakyat. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua sukarelawan yang sudi membantu kami.

Tidak lupa juga terima kasih kami ucapkan kepada #sahabatiqra yang baru berdaftar dengan kami sepanjang Ekspo Buku Islam berlangsung. Semoga hubungan dan ikatan terjalin akan terus kukuh. Teruskan memberi sokongan kepada kami agar program yang di jalankan berterusan dan penerima manfaat menerima manfaat dari program yang kami jalankan sebaiknya. InsyaAllah.