Berikut adalah link taklimat untuk Sukarelawan Shopping Raya 2014. Pastikan anda menonton dan memahami dengan teliti kerana ia mengandungi informasi mustahak.
https://www.facebook.com/photo.php?v=800953366590383&set=vb.370598346292556&type=3&theater
SOALAN-SOALAN LAZIM YANG DITANYA MENGENAI SHOPPING RAYA 2014 SELAIN YANG TELAH DISENARAIKAN DALAM PENERANGAN YANG DISEDIAKAN DI https://www.projekiqra.com/sukarelawan-shopping-raya-2014 :
SOALAN: Boleh saya dan isteri membawa bayi kami bersama-sama?
JAWAPAN: Tidak boleh kerana suasana tidak kondusif untuk keselesaan bayi dan kami mahu sukarelawan fokus menjaga keselamatan anak-anak yang akan mereka bawa sepanjang program nanti
SOALAN: Saya nak join tapi tiada kawan untuk menjadi co-pilot.
JAWAPAN: Co-Pilot tidak semestinya kawan. Adik-beradik, sepupu, jiran, rakan pejabat pun boleh diajak asalkan berusia lebih 15 tahun. Sekiranya anda memang takde langsung kawan, isi dahulu borang dan pada ruangan Co-Pilot isikan TIADA. Jika ada ruang untuk kami masukkan anda, kami akan masukkan. Anda akan masuk dalam senarai KIV
SOALAN: Kalau dah daftar tetapi tak datang, camne?
JAWAPAN: Maklumkan lebih awal. Seminggu awal supaya kami dapat cari pengganti. Atau sehari awal jika emergency. Jika tidak muncul tanpa notis. kami terpaksa blacklist nama anda dari menyertai program akan datang kerana tahun lepas pernah berlaku dan budak-budak yang sukarelawannya tak hadir menangis. Jadi, jangan guris hati anak-anak anugerah ini. Maklumkan kepada kami.
SOALAN: Bolehkah 2 orang Co-Pilot?
JAWAPAN: Bergantung kepada saiz kereta. Ini kerana pengalaman lepas, anak-anak ini akan terbaring tidur kepenatan sepanjang perjalanan pulang selepas shopping. Sebab itu kami mahu utamakan keselesaan mereka. Jika sangat perlu, sila maklumkan sebelum isi borang
SOALAN: Saya sudah daftar tapi hendak tukar lokasi
JAWAPAN: Hantarkan email ke [email protected]. Maklumkan nama penuh Pilot, lokasi yang didaftarkan dan lokasi baru yang nak dipilih. Setakat ini hampir semua lokasi telah penuh maka periksa dahulu lokasi yang anda mahu itu masih kosong atau tidak/
SOALAN: Berapa usia Co-Pilot yang dibenarkan?
JAWAPAN: Pilot perlu berusia 20 tahun ke atas memiliki lesen memandu yang sah manakala usia Co-Pilot minima 15 tahun dan ke atas.
SOALAN: Bagaimana prosedurnya jika pada hari acara, saya membawa kereta lain daripada kereta yang telah saya daftarkan sebelum ini?
JAWAPAN: Tiada masalah. Maklumkan kepada kaunter pendaftaran di lokasi tersebut. Petugas keselamatan akan memeriksa setiap kereta untuk memastikan kesahihan pendaftaran maklumat kereta dan empunya kereta pada hari acara nanti
SOALAN: Disaat akhir saya terpaksa menukar Co-Pilot. Bagaimana prosedurnya?
JAWAPAN: Hantarkan email ke [email protected] dan nyatakan nama Pilot, nama Co-Pilot yang baru serta lokasi yang anda daftar. Jika pertukaran dalam tempoh 24 jam sebelum acara, daftarkan Co-Pilot tersebut di kaunter pendaftaran tetapi ini jika benar pertukaran mengejut. Sebaiknya, emailkan lebih awal kerana ia mustahak untuk kami ketahui siapa Pilot, Co-Pilot dan hubungan antara kedua ini untuk kami pilih anak mana yang hendak kami beri anda jaga pada hari Shopping Raya tersebut.
SOALAN: Di saat akhir saya terpaksa tukar kereta daripada kereta yang saya daftarkan. Bagaimana?
JAWAPAN: Maklumkan maklumat baru kereta anda kepada petugas semasa pendaftaran.
SOALAN: Adakah terdapat perjumpaan atau maklumat sebelum program dijalankan?
JAWAPAN: Tiada perjumpaan secara fizikal. Namun satu sesi taklimat akan diberikan di Facebook sebelum bermulanya Ramadhan dan salinan taklimat akan dihantar melalui email kepada semua yang mendaftar. Maka amatlah penting untuk anda sentiasa memantau Facebook Projek Iqra’ dalam tempoh minggu ini hingga giliran program anda untuk memastikan anda tidak ketinggalan maklumat. Segala alasan picisan seperti “saya tak sempat baca” atau “saya terlupa baca” tidak akan dilayan.
SOALAN: Boleh tak saya nak berbuka puasa dengan adik-adik ini?
JAWAPAN: Boleh bertanya pengetua semasa anda mendaftar nanti kerana kami tidak mengadakan majlis berbuka puasa namun jika anda ingin mengambil inisiatif sendiri, boleh bertanya sendiri dengan pengetua nanti.
Berikut disediakan gambarajah langkah demi langkah mendaftar sebagai Sukarelawan Shopping Raya 2014 dan langkah sama juga untuk pendaftaran Sukarelawan Pakar Shopping Raya 2014 (cuma borang berbeza) untuk panduan anda. Hanya yang akan bertindak sebagai pemandu (pilot) sahaja perlu mendaftar. Adalah penting untuk anda tidak skip mana-mana langkah kerana segala email program, makluman, pengumuman akan dihantar melalui sistem autoresponder yang telah anda sign-up melalui Langkah 1 seperti rajah dibawah ini.
LANGKAH 1: Baca keterangan yang telah disediakan dengan teliti dan berhati-hati oleh pasukan Projek Iqra’ supaya anda benar faham sebelum anda selaku Pilot mengisi borang pertama iaitu:
LANGKAH 2: Selepas klik butang DAFTAR. sistem akan memproses data anda dan skrin anda akan memaparkan maklumat berikut:
LANGKAH 3: Periksa email anda dan klik pada email yang dihantar oleh Projek Iqra’
LANGKAH 4. Klik email tersebut dan klik pada link Confirm Subscription
LANGKAH 5: Anda akan kembali ke laman web Projek Iqra’. Ini bermakna pengesahan email anda berjaya.
LANGKAH 6: Buka semula email anda dan klik pada email kedua yang dihantar oleh Projek Iqra’
LANGKAH 7: Baca mesej tersebut dengan teliti dan bila sudah bersedia, klik pada link BORANG PENDAFTARAN SUKARELAWAN yang disediakan
Ok, sudah bersedia untuk mendaftar? JOM! https://www.projekiqra.com/sukarelawan-shopping-raya-2014
Kemaskini Terakhir: 11 Jun 2014
Rumah Gemilang Adik, Sik, Kedah (5 Julai 2014)
Social Media: 2 kekosongan
Fotografer:
Videografer: 1 kekosongan
Rumah Khairiyah, Klang, Selangor – (5 Julai 2014)
Social Media: katanajeeb.blogspot.com
Fotografer: PENUH
Videografer: 1 kekosongan
Kg Sg Dua, Seberang Prai, Pulau Pinang (6 Julai 2014)
Social Media: http://www.hasrulhassan.com Hasrul Hassan
Fotografer: PENUH
Videografer: 1 kekosongan
Rumah At-Taqwa Putra Perdana, Puchong, Selangor – (6 Julai 2014)
Social Media: 2 kekosongan
Fotografer: PENUH
Videografer: 2 kekosongan
Casa Harapan, Kuantan, Pahang (12 Julai 2014)
Social Media: Khairul Anwar dan Shawn Razaleigh
Fotografer: 1 kekosongan
Videografer: MOHD ASHRAF BIN MOHD AFANDI https://www.facebook.com/ashrafsphotography
Rumah Anak-Anak Yatim Dan Fakir Miskin Perempuan Permata Al-Insyirah, Kuantan, Pahang (12 Julai 2014)
Social Media: www.hasyanaurah.com (Nurramizah Fadzil)
Fotografer: Ilman Bin Kadri www.facebook.com/hitamputihpictures
Videografer: Amir DigitalBone
Pertubuhan Baitul Ehsan AlKhairi, Taman Maluri, Kuala Lumpur (12 Julai 2014)
Social Media: http://celotehsibulat.blogspot.com/ (Shairazi Azlin)
Fotografer: PENUH
Videografer: 1 kekosongan
Rumah Hashimiah, Selayang, Selangor (13 Julai 2014)
Social Media: 2 kekosongan
Fotografer:
Videografer: 2 kekosongan
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Semarak Nilai Negeri Sembilan (19 Julai 2014)
Social Media: http://wowartis.com/ dan http://truestory.my/ dan Wan Hazelin Wan Ismail
Fotografer: 2 kekosongan
Videografer: 3 kekosongan
Video Editor:
Kemaskini Terakhir: 6.49pm 11 Jun 2014
Rumah Gemilang Adik, Sik, Kedah (5 Julai 2014). Kereta Diperlukan: 45 buah. Kini Tinggal: 31 buah
Rumah Khairiyah, Klang, Selangor – (5 Julai 2014) Kereta Diperlukan: 24 buah Kini Tinggal: 18 buah
Kg Sg Dua, Seberang Prai, Pulau Pinang (6 Julai 2014). Kereta Diperlukan: 15 buah. SUDAH PENUH
Rumah At-Taqwa Putra Perdana, Puchong, Selangor – (6 Julai 2014). Kereta Diperlukan: 45 buah Kini Tinggal: 4 buah
Casa Harapan, Kuantan, Pahang (12 Julai 2014) Kereta Diperlukan: 7 buah Kini Tinggal: SUDAH PENUH
Rumah Anak-Anak Yatim Dan Fakir Miskin Perempuan Permata Al-Insyirah, Kuantan, Pahang (12 Julai 2014) Kereta Diperlukan: 10 buah Kini Tinggal: 5 buah
Pertubuhan Baitul Ehsan AlKhairi, Taman Maluri, Kuala Lumpur (12 Julai 2014) Kereta Diperlukan: 36 SUDAH PENUH!
Rumah Hashimiah, Selayang, Selangor (13 Julai 2014) Kereta Diperlukan: 35 buah Kini Tinggal: 2 buah
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Semarak Nilai Negeri Sembilan (19 Julai 2014) Kereta Diperlukan: 48 buah Kini Tinggal: 20 buah
SISTEM PENDAFTARAN SUKARELAWAN PAKAR SHOPPING RAYA 2014
Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana berminat untuk menjadi Sukarelawan Pakar Shopping Raya 2014. Sila baca maklumat dibawah ini sebelum anda mula mendaftar.
APA ITU SHOPPING RAYA 2014?
APA SYARAT UNTUK MENJADI SUKARELAWAN PAKAR SHOPPING RAYA 2014?
APA TUGAS SUKARELAWAN PAKAR SHOPPING RAYA 2014?
KATEGORI SUKARELAWAN PAKAR SHOPPING RAYA 2014:
ATURCARA PROGRAM SHOPPING RAYA 2014:
7.30 AM : Berkumpul di rumah kebajikan berkenaan dan pendaftaran sukarelawan
8.00 AM: Ucapan aluan oleh pengetua rumah, koordinator Shopping Raya 2014 dan taklimat keselamatan
8.30 AM: Pembahagian sukarelawan kepada anak angkat dan sesi fotografi
9.00 AM: Sesi fotografi beramai-ramai
9.30 AM: Bergerak menuju ke pusat membeli-belah yang telah ditetapkan
1.30 PM: Setelah selesai membeli-belah, berkumpul semula di rumah kebajikan untuk sesi copy gambar atau video tersebut
PROSEDUR KESELAMATAN
Beberapa langkah keselamatan ketat akan dijalankan iaitu:
JADUAL DAN LOKASI SHOPPING RAYA 2014
5 JULAI 2014
6 JULAI 2014
12 JULAI 2014
13 JULAI 2014
19 JULAI 2014
*Lokasi beli-belah akan dikemaskini
Sukarelawan mestilah bersetuju mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh Projek Iqra’ dan mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap Projek Iqra’, rumah kebajikan dan pusat beli-belah yang terlibat di atas sebarang musibah ke atas diri sukarelawan sebelum, semasa dan selepas menyertai program ini.
Jika anda ingin menaja program Shopping Raya 2014 ini, sila ke https://www.projekiqra.com/cs_cause/shopping-raya-2014
Sudah baca dan fahamkan? Adakah anda bersetuju? Jika ya, boleh mula isi borang pertama dibawah ini. Borang pendaftaran akan menyusul didalam email anda nanti. Jika ada sebarang persoalan, ajukan di ruangan Leave A Reply dibawah ini. Dengan mengisi borang ini, anda telah bersetuju dengan semua syarat dan maklumat yang diberikan diatas.
#abunuwas #komikabunuwas
Program Shopping Raya untuk Anak-anak Yatim kini dibuka. JOM TAJA sekarang.
KLIK disni http://bit.ly/ShoppingRaya2014
Abu Nuwas oleh Ahmedfani – Fanikatun.com – A Cartoon Blog
Visit | Like : www.fb.com/projekiqra
Kisah ini diceritakan oleh pengetua rumah yang menyertai program Shopping Raya 2012. Kejadian ini berlaku ketika salah seorang pelajarnya yang sedang mengemas pakaian untuk terbang ke Timur Tengah bagi melanjutkan pelajarannya. Ketika pelajarnya itu sedang mengemas kasut, Pengetua menegur.
“Dari mana kamu dapat kasut baru itu?”.
Pelajarnya menjawab, “Inilah kasut yang dibeli semasa Shopping Raya yang lalu. Saya simpan dan pakai dengan cermat. Kasut ini saya akan bawa untuk dipakai bila ke sekolah di sana nanti”, pelajar itu menjawab sambil tersenyum.
Beruntunglah kamu wahai penderma budiman yang menaja anak ini kerana dengan sumbangan kamu itulah, anak ini dapat menuntut ilmu yang baik di sana dengan selesa. Terima kasih penderma budiman 🙂
Jemput semua menonton rakaman program Shopping Raya 2013 yang dijalankan di Badan Kebajikan Siti Khadijah pada 28 Julai 2013.