Kategori

PROJEK IQRA`


LAPORAN PROGRAM SHOPPING SAYA ANAK MALAYSIA 2013 (SSAM13)

LAPORAN PROGRAM
SHOPPING SAYA ANAK MALAYSIA 2013 (SSAM13)
ANJURAN PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA
__________________________________________________________________________________

Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia (PROJEK IQRA) telah berjaya menjalankan Program Shopping Saya Anak Malaysia 2013 (SSAM13) pada 16 November 2013 di Rumah Vivekananda Rembau Negeri Sembilan. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi ini berakhir pada jam 3.00 petang.
Seramai 35 orang penghuni rumah kebajikan ini telah diraikan dengan membeli keperluan sekolah dan harian di Pasaraya Mydin Seremban 2. Anak-anak yang tidak turut ke Mydin adalah 34 orang. Seramai 10 orang sukarelawan dan 15 orang pekerja Mydin telah bermurah hati meluangkan masa membantu anak-anak ini membeli keperluan mereka selain menjaga anak-anak ini selama aktiviti membeli belah hampir 3 jam itu.
Seorang anak diberikan bajet RM100.00 seorang untuk dibelanjakan. Senarai perbelanjaan penuh program adalah seperti yang berikut;

belanja

PROJEK IQRA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penaja, sukarelawan dan semua yang terlibat dalam membantu merealisasikan program ini. Antara yang telah memberi sumbangan termasuklah (tetapi tidak terhad kepada);

  1. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Wilayah Persekutuan RM3000
  2. Orang Awam RM1000
  3. Tabung PROJEK IQRA RM818.50
  4. Hebahan media di Lite.FM
  5. Hebahan sosial media oleh blogger dan pengguna social media seperti Facebook, twitter dan instagram.
  6. Sukarelawan-sukarelawan

Disebalik sasaran awal untuk membawa semua 69 orang anak-anak Rumah Vivekananda tidak tercapai, namun PROJEK IQRA komited untuk melaksanakan program seperti ini pada masa akan datang dan juga program-program lain yang memberi manfaat kepada anak-anak kurang bernasib baik tanpa mengira ras bangsa, agama dan juga keturunan.

SSAM2013: Taklimat Program

Taklimat-Sukarelawan-SSAM2013 Terima kasih kepada semua sukarelawan dan penaja kerana menjayakan program Shopping Saya Anak Malaysia 2013 yang akan berlangsung pada 16 November 2013 di Vivekananda Home Rembau di Rembau, Negeri Sembilan. Berikut adalah informasi yang perlu anda tahu:

1. LOKASI

Ini adalah peta lokasi Vivekananda Home Rembau. Jika anda menggunakan Google Maps, cari Pusat Kegiatan Kemas Rembau. Banner Projek Iqra’ akan dipasang di tepi jalan utama masuk ke rumah tersebut. Link Google Map boleh didapati di SINI.

Peta-Vivekananda Home Rembau 2. ATURCARA

Aturcara seperti berikut:

9.00 am: Berkumpul di Vivekananda Home Rembau
9.10 am: Pendaftaran sukarelawan
9.30 am: Pendaftaran anak-anak VHR & pembahagian kepada sukarelawan
9.45 am: Ucapan ringkas Pengerusi Projek Iqra’
9.55 am: Ucapan pengetua Vivekananda Home Rembau
10.10 am: Taklimat keselamatan dan sesi fotografi
10.20 am: Bergerak ke Mydin Seremban 2

3. PETA

Dari VIVEKANANDA HOME REMBAU KE Mydin Terminal 2 boleh didapati di SINI.

4. TUGAS SUKARELAWAN

Semua sukarelawan akan diberikan 2-3 orang anak angkat untuk dibawa dan dibantu di Mydin nanti. Tugas anda ialah membawa mereka ke Mydin Terminal 2 dengan kereta anda sendiri, membantu mereka mencari keperluan yang diperlukan dan membawa mereka pulang semula ke rumah dengan selamat. Wang belanja akan diberikan kepada anda semasa taklimat. Sumbangan anda dalam program ini ialah masa, tenaga, minyak kereta, tol dan kasih sayang anda 🙂

5. KOMUNIKASI

Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi melalui panggilan telefon / SMS / Whatsapp ke 019-2175597 (Suhaimi) / 017-2748904 (Sharifah Sharina) 

Harapan kami agar semua sukarelawan bergembira dan menggembirakan adik-adik di Vivekananda Home Rembau nanti. Jumpa disana!

Pendaftaran Sukarelawan Shopping Saya Anak Malaysia 2013 : Vivekananda Home Rembau

shopping anak malaysia projek iqra

Sebagai sukarelawan, anda perlu bersedia untuk melakukan perkara berikut:

  • hadir ke Vivekananda Home Rembau seawal jam 8 pagi pada 16 November 2013
  • Membawa 2 orang anak yang akan ditugaskan dibawa tanggungjawab anda ke Mydin Seremban
  • menaja kereta anda sendiri, duit minyak dan duit tol
  • suka kepada kanak-kanak

Jika anda sanggup memikul cabaran diatas, anda yang kami cari untuk menjadi Sukarelawan Shopping Saya Anak Malaysia 2013.

Isikan borang dibawah ini. Nama yang terpilih akan disenaraikan disini dari masa ke semasa. Hanya 12 buah kereta diperlukan untuk program ini, first come first serve.

atau klik di link ini: https://docs.google.com/forms/d/1DAh2HwpU89KKixk_lWbpedeoiVrf_zyNnRcaMdZHT48/viewform

ATURCARA PROGRAM

8.00 AM : Berkumpul di perkarangan VIVEKANANDA HOME REMBAU
8.15 AM : Pendaftaran sukarelawan
8.30 AM: Pembahagian anak angkat kepada sukarelawan
9.00 AM: Ucapan aluan oleh pengerusi Projek Iqra’ Ucapan aluan oleh pengerusi VIVEKANANDA HOME REMBAU
9.30 AM: Taklimat keselamatan oleh koordinator program
10.00 AM: Sesi bergambar dan berlepas ke Mydin Seremban
10.30 AM: Berkumpul di Mydin Seremban untuk taklimat oleh Mydin Seremban dan membeli-belah
1.00 PM: Pulang ke VIVEKANANDA HOME REMBAU
2.00 PM: Bersurai

Jika ada sebarang soalan, boleh emailkan ke [email protected] atau SMS ke 019-2175597 (Suhaimi)

SENARAI SUKARELAWAN PROGRAM SHOPPING SAYA ANAK MALAYSIA 16 NOVEMBER 2013 DI VIVEKANANDA HOME REMBAU.

KUOTA SUKARELAWAN TINGGAL 26 BUAH KERETA SAHAJA.

  1. MERLYN ANNA VAIGULOOM EDWARD
  2. HAZLEZA ZULKAFLI
  3. LAM CHEE HIUNG
  4. NUR BASIRAH BORHANUDDIN
  5. ADDY NORIRWAN JAMAL
  6. IRENE CHO
  7. ADRIAN TEH LYE ERN

Tarikh akhir kemaskini: 8 Oktober 2013

Shopping Saya Anak Malaysia 2013 : Vivekananda Home Rembau

shopping anak malaysia projek iqra Kejayaan besar program Shopping Raya 2013 menyuntik semangat buat pasukan Projek Iqra’ untuk mencuba program yang sama pada sasaran yang berbeza. Kali ini Projek Iqra’ telah mendapat kerjasama yang erat daripada pengerusi Vivekananda Home Rembau untuk mengadakan program ini yang dipanggil Shopping Saya Anak Malaysia bersama anak-anak jagaannya yang tinggal di Vivekananda Home Rembau bersempena dengan sambutan Hari Malaysia 2013.

projek iqra'

Seramai 69 orang anak-anak dari usia 1 tahun hingga 23 tahun akan diraikan dalam program ini. Mereka akan dibawa ke Mydin Seremban 2 untuk membeli keperluan harian mereka. Mereka akan dibawa oleh para sukarelawan iaitu 2 orang sukarelawan akan membawa 2 orang anak.

LOGO-SHOPPING-ANAK-MALAYSIA

Program Shopping Saya Anak Malaysia ini bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai yang ingin menyumbang wang dan melihat bagaimana sumbangan mereka digunakan, tetapi juga memberi peluang kepada orang ramai yang ingin merasai pengalaman menjadi sukarelawan dalam program yang cukup mudah ini.

3 golongan akan mendapat manfaat daripada program ini iaitu:

  • anak-anak Vivekananda Home Rembau
  • penyumbang / penaja
  • sukarelawan

Penajaan untuk seorang anak ialah RM188 meliputi belanja shopping, sumbangan kepada rumah dan kos operasi program.

Anda boleh menaja mengikut mekanisma seperti berikut:

  • 1 orang = RM188
  • Kongsi 5 orang = RM37.60/orang
  • Kongsi 10 orang = RM18.80/orang

Untuk menaja, sila isikan borang dibawah ini dengan lengkap untuk membolehkan kami menghantar resit rasmi kepada anda. Resit ini bukan untuk tujuan pemotongan cukai, sebaliknya ia resit rasmi tanda menerima sumbangan tuan/puan.

atau klik di https://docs.google.com/forms/d/1Y922kCr1aQWD5hm_PLG8tufb_htn86pEZYJDtYX39zQ/viewform

Untuk menaja, sila salurkan ke:

AKAUN: MAYBANK
NAMA AKAUN: PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA (jika isu cheque, jangan lupa tanda ‘ pada perkataan Iqra’)
NO AKAUN: 5648-1050-4003
EMAIL: [email protected]
NO TEL: 019-2175597 (SUHAIMI – Bendahari) / 017-274 8904 (Sharifah Sharina – Timbalan Pengerusi)

PERINGATAN: Adalah mustahak untuk anda memberikan bukti transaksi melalui email ([email protected]) atau MMS/Whatsapp ke 019-2175597 supaya kami dapat kenalpasti setiap transaksi yang masuk bagi mengelakkan kesilapan.

SENARAI PENAJA PROGRAM SHOPPING SAYA ANAK MALAYSIA 2013: (Baki Belum Ditaja: 64 orang)

  1. Dr M.B – 1 orang
  2. En. A.R.M – 1 orang
  3. Pn. M.E – 1 orang
  4. Nik R Nik Muhd R – 1 orang
  5. Adam M.A – RM100
  6. Mohd H Rahman – 1 orang

Kepada anda memiliki ciri-ciri berikut:

  • mempunyai kenderaan sendiri (kereta / MPV / Van)
  • suka kepada kanak-kanak
  • sanggup menyumbang masa, tenaga, minyak kereta dan tol
  • boleh datang ke Rembau dan membawa kanak-kanak ke Seremban

anda menepati ciri-ciri sukarelawan yang kami cari. Daftar di SUKARELAWAN SHOPPING ANAK MALAYSIA.

Kami juga mencari sukarelawan fotografer dan videografer. 2 orang fotografer dan 2 orang videografer. Jika anda berminat, sila hantarkan email ke [email protected]

Jika anda blogger atau fanpage manager, kami berharap anda dapat kongsikan info program ini di blog anda. Kami akan paparkan blog yang mempromosikan program ini di Facebook Projek Iqra’ dan di website Projek Iqra’ 🙂

Info Berkaitan