LAPORAN EKSPO BUKU ISLAM PUTRAJAYA 2015
TARIKH : 27 Feb – 8 Mac 2015
MASA : 9 AM -7 PM ( Isnin -Jumaat)
9 AM – 9PM (Sabtu & Ahad)
TEMPAT : AUDITORIUM CEMPAKA SARI, PRESINT 3 PUTRAJAYA
Alhamdulillah buat pertama kalinya Projek Iqra’ membuka booth bersempena Ekspo Buku Islam Putrajaya 13 yang di anjurkan oleh Sinergi Ilmu pada 27 Februari – 8 Mac 2015. Ini merupakan pengalaman pertama dan berharga buat kami untuk julung kalinya menyertai ekspo buku ini.
Selain itu, antara tujuan utama kami berada di sana adalah untuk memperkenalkan dan membuat hebahan kepada orang awan mengenai aktivit bersukarelawan yang dijalankan persatuan dan juga membuat jualan amal KOMIK ABU NUWAS SIRI 1 ( http://bitly.com/komiksiri1 )
Alhamdulillah Komik Abu Nuwas #2 juga sudah boleh di buat Pre Order di http://bitly.com/KomikSiri2
Untuk pengetahuan semua, Projek Iqra’ merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan ROS (Register of Society) pada 25 Januari 2015 dengan nombor pendaftaran persatuan PPM-06-14-25012013. Alhamdulillah usia persatuan kami sudah mencecah dua tahun. Doakan kami semoga terus istiqamah untuk membantu membaiki tahap pendidikan dan kebajikan kanak-kanak dan remaja yang kurang berkemampuan samaada di rumah kebajikan adtau komuniti setempat.
Program yang hampir sepuluh hari ini juga di bantu dengan jayanya dengan beberapa sukarelawan Projek Iqra’ yang hadir membantu menjaga booth dan menjadi tulang belakang untuk menceritakan program-program yang di jalankan persatuan kepada orang awam terutamanya Program Kelas Rakyat. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua sukarelawan yang sudi membantu kami.
Tidak lupa juga terima kasih kami ucapkan kepada #sahabatiqra yang baru berdaftar dengan kami sepanjang Ekspo Buku Islam berlangsung. Semoga hubungan dan ikatan terjalin akan terus kukuh. Teruskan memberi sokongan kepada kami agar program yang di jalankan berterusan dan penerima manfaat menerima manfaat dari program yang kami jalankan sebaiknya. InsyaAllah.
***
Program Kelas Rakyat untuk minggu ke-9 sesi 2015 telah berjaya disempurnakan di :
1. Rumah Casa Harapan, Kuantan (12/4/2015) > http://bitly.com/krcasaharapan : Koordinatoor : Zarul Haslil Jalinu (019-9804000) | Mohd Hafasdzillah Jusoh (019-6086133)
2. Rumah At Taqwa Putra Perdana Puchong (12/4/2015) > http://bitly.com/krputraperdana : Koordinator : Ain (013 5901105) | Sarah (019 2565671)
Terima kasih kepada sukarelawan kelas rakyat berikut yang telah memperuntukan masa 3 jam pada hari tersebut untuk memberi pendidikan kepada anak-anak dirumah-rumah yang terlibat ini.
Baitul Ehsan
|
At Taqwa
|
Casa Harapan
|
*Tiada kelas minggu lepas* | 1. Ain Nordin | 1. Mohd Maizul Abdul Majid |
2. Siti Sarah Nor Isahak | 2. Ezzah Azyyati | |
3. Mohd Fais Md Taib | 3. TG Haryani TG Ab Hamid | |
4. Siddiq Afham | 4. Nur Aina Md Yusri | |
5. Siti Athirah | 5. Nurfarah Hanani | |
6. Shahira Aishah | 6. Mohd Najmi Harita | |
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Para Penaja & sukarelawan yang sentiasa memberi sokongan kepada kami agar program kelas rakyat ini dapat dijalankan dengan jayanya.Di doakan semoga urusan anda semua di berkati & dipermudahkan Allah swt.
=======================================================================================================
PREP MALAM
Demi memastikan keberkesanan program Kelas Rakyat kepada anak-anak di Rumah At-Taqwa, prep malam yang mula diperkenalkan pada semester 2 (2014) telah diteruskan lagi pada tahun 2015 ini. Untuk pengetahuan prep malam di jalankan setiap hari isnin- rabu dari pukul 8.00-10.00 malam membantu adik-adik menyiapkan kerja sekolah mereka.
Terima kasih kepada sukarelawan-sukarelawan berikut yang telah datang hadir diantara hari isnin, selasa dan rabu di Prep Malam iaitu ;
1. Siti Sarah
2. Siti Asmah
3. Ain Nordin
4. Muhammad Faizal
5. Zulazlan
6. Khairul Fauzi
7. Ikhwan
8. Riduan
9. Nur Izzah Kadir
10. Fais Taib
Terima Kasih kepada semua penaja. Tajaan masih dibuka untuk kelas yang akan datang.
INFO :
Kelas Rakyat 2015 iaitu satu program pendidikan yang berlangsung secara mingguan dirumah kebajikan yang terpilih selama 5 bulan.
Kelas ini ditaja sepenuhnya oleh orang awam.
Untuk menaja sila ke http://bitly.com/kelasrakyat2015
Semoga segala urusan tuan/puan dipermudahkan sentiasa 🙂
ALIEF & AIN
DI PUNCAK BUKIT BROGA
SELEPAS PENDAKIAN BROGA
Dari kiri Azizah, Alief, KA, Afiqah, Ain, Dauz, Suhaimi, Zulaz, Fais, Zarul Arif, Siddiq, Sarah, Joe & Najeeb ( tiada dalam gambar)
==================================================================================
LAPORAN PROGRAM KELAS RAKYAT 2015- Minggu 4
TARIKH : 1 MAC 2015 (Kelas)
2-4 MAC 2015 (Prep)
TEMPAT : RUMAH ATTAQWA PUTRA PERDANA PUCHONG, SELANGOR (http://bitly.com/krputraperdana)
Koordinator : Ain (013 5901105) / Sarah (019 2565671)
Koordinator Ain & Sarah mengetuai Kelas Rakyat 2015 di Rumah Attaqwa Putra Perdana Puchong untuk minggu ke-4 seperti biasa ini. Seramai 60 orang adik-adik Rumah Attaqwa yang berdaftar dengan Rumah Kebajikan hadir untuk belajar bersama abang & kakak . Modul yang digunakan adalah Matematik I-Sina & English I-Sina. Sejam pertama dan ke-2 di gunakan dengan manfaatnya menggunakan modul I-sina dibantu abang kakak sukarelawan sebelum jam terakhir aktiviti latihan dalam kumpulan yang di buat bersama sukarelawan lain.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada sukarelawan Projek Iqra’ yang sudi meluangkan masa 3 jam mereka pada hari Ahad untuk bersama-sama membantu mengajar adik-adik Attaqwa ini
==================================================================================================================================================
==================================================================================================================================================
PREP MALAM
Demi memastikan keberkesanan program Kelas Rakyat kepada anak-anak di Rumah At-Taqwa, prep malam yang mula diperkenalkan pada semester 2 (2014) telah diteruskan lagi pada tahun 2015 ini. Untuk pengetahuan prep malam di jalankan setiap hari isnin- rabu dari pukul 8.00-10.00 malam membantu adik-adik menyiapkan kerja sekolah mereka.
Terima kasih kepada sukarelawan-sukarelawan berikut yang telah datang hadir diantara hari isnin, selasa dan rabu di Prep Malam iaitu ;
1. Mohamad Normuslim
2. Luqman Hakim Alias
3. Ahmad Hamzi Azhar
4. Nur Ain Nordin
5. MuhammAd Waqiyudin
6. Norazman Ashraff
7. Muhd Saharizal
8. Asmah Harun
9. Siti Fashareena
10. Nur Izzah
11. Afiqah Nabila
12. Nadrah Jaafar
13. Azhany
14. Zul Azlan
Terima Kasih kepada semua penaja. Tajaan masih dibuka untuk kelas yang akan datang.
INFO :
Kelas Rakyat 2015 iaitu satu program pendidikan yang berlangsung secara mingguan dirumah kebajikan yang terpilih selama 5 bulan.
Kelas ini ditaja sepenuhnya oleh orang awam.
Untuk menaja sila ke http://bitly.com/kelasrakyat2015
Semoga segala urusan tuan/puan dipermudahkan sentiasa 🙂
Alhamdulillah, sessi berkumpul, bertukar tukar fikiran dan merapatkan silaturrahim dikalangan team Projek Iqra’ dengan semua sukarelawan, penderma, blogger dan sebagainya pada : 14 FEB 2015 (Sabtu) bertempat di Dewan Kuliah Masjid Al Azim, Jalan Pandan Mewah berjalan dengan lancarnya.
Program bermula pada pukul 10 pagi dengan kehadiran #sahabatiqra yang hadir sangat memberangsangkan. Buat pertama kalinya Newsletter Edisi Pertama 2015 di edarkan kepada yang hadir. InsyaAllah kepada #sahabatiqra yang lain kami akan pos ke rumah anda masing-masing 🙂
Presentasi 1 oleh Pengasas Akademi I-Sina Puan Rahmalizah Ali
Tajuk : Asas Sistem Pendidikan : Pentingnya menyemai benih yang baik
Perkongsian yang di kongsikan Pn Lizah merupakan realiti yang amat menyesakkan jiwa & raga kerana hasil perkongsian Pn Lizah masih ada anak-anak yang masih tidak pandai membaca atau mengira dan statistik menunjukkan jumlahnya semakin meningkat. Jika tiada tindakan dari kalangan masyarakat, suatu hari nanti negara kita bakal di pimpin bukan kalangan orang yang sepatutnya memimpin. InsyaAllah usaha yang kami bersama lakukan akan dikembangkan oleh #sahabatiqra sendiri agar penerima manfaat akan bertambah. Jika anda ingin bersama membantu jangan tangguh niat anda dan lakukan SEKARANG!
Presentasi 2 oleh Naib Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Projek’ Iqra SeMalaysia
Saudari Sharifah Sharina Syed Aswad menyampai program-program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2014 dan akan dijalankan pada tahun 2015. Mohon doa dari #sahabatiqra untuk kami terus iqtiqamah dan berjaya di masa hadapan.
Presentasi 3 oleh Bendahari Pertubuhan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia
Saudara Suhaimi Abdul Manan pula berkongsi bagaimana penggunaan dana-dana yang di terima dari orang awam dan pengurusan kewangan yang di jalankan oleh team Projek Iqra’. Jika #sahabatiqra ingin mengetahui dan melihat lebih dekat di jemput datang ke Pejabat kami di Taman Cahaya, Ampang berhampiran dengan Stesan LRT Cahaya.
Presentasi 4 oleh Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia
Saudara Muhammad Solleh Mahfuz pula membuat perkongsian terakhir mengenai Tabung Pendidikan Iqra yang telah dijalannkan sejak tahun 2014. Dengan bermula seramai 14 orang pelajar kini jumlah sudah bertambah dimana seramai 30 orang pelajar terpilih di taja setiap tahun untuk manfaat mereka tika umur sudah mencecah 18 tahun. Di ingatkan apabila umur meraka mencecah 18 tahun hasil simpanan tabung mereka ini dapat mereka gunakan untuk sambung belajar atau memulakan perniagaan. Teruskan memberi sokongan kepada Kempen Tabung Pendidikan Iqra ini #sahabatiqra.
Jutaan terima kasih kepada #sahabatiqra yang hadir ke Sessi Teh Tarik 2015 kali ini. Semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan dan mendapat berkat Illahi. Mohon maap dari kami jika ada kekurangan yang tidak dapat kami elakkan kerana kami juga manusia yang bisa melakukan kesilapan. Jika ada penambahbaikan untuk kemajuan dan kejayaan bersama boleh lah berkongsi bersama kami. Saudara/i boleh emailkan ke [email protected] 🙂
Semoga kita berjumpa lagi !
=========================================================================================
UNTUK PERHATIAN #SAHABATIQRA
Mari bantu kami
Mohon doa dari kawan kawan yg budiman utk mendoakan agar kami di Projek Iqra’ istiqamah dan amanah dalam menjalankan tanggungjawap serta lebih ramai penerima manfaat menerima manfaat daripada tajaan kawan kawan sekalian melalui program yg kami jalankan.
Sebar sebarkan | Share sharekan
LAPORAN PROGRAM KELAS RAKYAT 2015- Minggu 2
TARIKH : 8 Februari 2015 (Kelas)
9-11 Februari 2015 (Prep)
TEMPAT : RUMAH ATTAQWA PUTRA PERDANA PUCHONG, SELANGOR (http://bitly.com/krputraperdana)
Koordinator : Ain (013 5901105) / Sarah (019 2565671)
Buat pertama kalinya , koordinator baru Ain & Sarah mengetuai Kelas Rakyat 2015 di Rumah Attaqwa Putra Perdana Puchong. Seramai 60 orang adik-adik Rumah Attaqwa yang berdaftar dengan Rumah Kebajikan hadir untuk belajar bersama abang & kakak . Modul yang digunakan adalah Matematik & English I-Sina. Sejam pertama dan ke-2 di gunakan dengan manfaatnya menggunakan modul I-sina sebelum jam terakhir aktiviti kelas sains dijalankan oleh LITTLE SCIENTIST.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada sukarelawan Projek Iqra’ yang sudi meluangkan masa 3 jam mereka pada hari Ahad untuk bersama-sama membantu mengajar adik-adik Attaqwa ini :
1. Siti Khadijah bt Yusof
2. Aqilah binti Ahmad Zaini
3. Wan Najihah W.M Bahruddin
4. Mohd Siddiq Afham b Pauzi
5. Nurul Atikah Omar Amiah
6. Syazwani bt Mohd Rosli
7. Nur Eizati by M.Ali
8. Muhammad Khairul Azkar
9. Nurul Huda binti Abd Aziz
10.Rashidi Ab Rahman
11.Noraini binti Omar
Terima kasih juga kami ucapkan kepada teacher Ain Samsuri dari Little Scientist yang menjalankan kelas sains. Tidak lupa juga Mr Cheng sekeluarg yang hadir bersukarelawan di Rumah Attaqwa Putra Perdana 🙂
==================================================================================================================================================
==================================================================================================================================================
PREP MALAM
Demi memastikan keberkesanan program Kelas Rakyat kepada anak-anak di Rumah At-Taqwa, prep malam yang mula diperkenalkan pada semester 2 (2014) telah diteruskan lagi pada tahun 2015 ini. Untuk pengetahuan prep malam di jalankan setiap hari isnin- rabu dari pukul 8.00-10.00 malam membantu adik-adik menyiapkan kerja sekolah mereka.
Terima kasih kepada sukarelawan-sukarelawan berikut yang telah datang hadir diantara hari isnin, selasa dan rabu di Prep Malam iaitu ;
1. Siti Sarah Nor Isahak
2. Siti Asmah bt Che Harun
3. Nur Ain Nordin
4. Nabila Farhana
5. Faizal Tauhir
6. Nur Mazwin Ismail
7. Noraini bt Omar
8.Rosma Madianti Risman
9. Nurul
10. Khairul Fauzi bin Saadon
Terima Kasih kepada semua penaja. Tajaan masih dibuka untuk kelas yang akan datang.
INFO :
Kelas Rakyat 2015 iaitu satu program pendidikan yang berlangsung secara mingguan dirumah kebajikan yang terpilih selama 5 bulan.
Kelas ini ditaja sepenuhnya oleh orang awam.
Untuk menaja sila ke http://bitly.com/kelasrakyat2015
Semoga segala urusan tuan/puan dipermudahkan sentiasa 🙂
LAPORAN PROGRAM KELAS RAKYAT 2015- Minggu 1
TARIKH : 1 Februari 2015 (Kelas)
2-4 Februari 2015 (Prep)
TEMPAT : RUMAH ATTAQWA PUTRA PERDANA PUCHONG, SELANGOR (http://bitly.com/krputraperdana)
Alhamdulillah pada 1 Februari 2015 yang lepas #KelasRakyat2015 telah berlangsung buat pertama kalinya untuk sesi tahun 2015 di Rumah Attaqwa Putra Perdana, Puchong. Kehadiran Abang Kakak sukarelawan pada hari tersebut amat menggalakkan di mana hampir 18 orang sukarelawan telah hadir membantu adik-adik di Rumah Attaqwa.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada (gambar dari kiri) Kak Noraini, Sis Nurul, Kak Fqah, Kak Faizura, Kak Mazwin, Kak Izati, Kak Nini, Kak Nabila, Kak Ain, Kak Sarah, Abang KA, Abang Khairul Azkar, Cikgu Faris, Cikgu Solleh, Abang Zarul, Abang Shahril, Abang Fais
Terima Kasih juga kepada Abang Adham ( Black Code Identity) yang menjadi Jurugambar Rasmi untuk hari tersebut. Beberapa gambar dan video sedang dalam proses meng‘edit’ . Nantikan sentuhan mereka 🙂
Pada hari Ahad yang lepas, Ujian Math01 & Eng01 modul I-sina telah dijalankan untuk menilai tahap kefahaman & ingatan adik-adik Attaqwa yang telah menggunakan modul I-Sina sebelum ini. Setiap ujian mengambil masa 30-45 minit untuk adik-adik buat di mana soalan yang tidak boleh di jawap hendaklah di tinggalkan sahaja . Keputusan akan dapat menggambarkan tahap kefahaman dan tahap pembelajaran adil-adik di Rumah Attaqwa.
==================================================================================================================================================
==================================================================================================================================================
PREP MALAM
Demi memastikan keberkesanan program Kelas Rakyat kepada anak-anak di Rumah At-Taqwa, prep malam yang mula diperkenalkan pada semester 2 (2014) telah diteruskan lagi pada tahun 2015 ini. Untuk pengetahuan prep malam di jalankan setiap hari isnin- rabu dari pukul 8.00-10.00 malam membantu adik-adik menyiapkan kerja sekolah mereka.
Terima kasih kepada sukarelawan-sukarelawan berikut yang telah datang hadir diantara hari isnin, selasa dan rabu di Prep Malam iaitu ;
1. Siti Sarah Nor Isahak
2. Siti Asmah bt Che Harun
3. Nor Mazwin bt Ismail
4. Shahrul Azmi
5. Mohd Faizal Tauhir
6. Fais Taib
7. Nur Ain Nordin
8. Siti Syamimi
9. Nor Shahrina
10. Siddiq Afham
11. Yat Arshad
Terima Kasih kepada semua penaja. Tajaan masih dibuka untuk kelas yang akan datang.
INFO :
Kelas Rakyat 2015 iaitu satu program pendidikan yang berlangsung secara mingguan dirumah kebajikan yang terpilih selama 5 bulan.
Kelas ini ditaja sepenuhnya oleh orang awam.
Untuk menaja sila ke http://bitly.com/kelasrakyat2015
Semoga segala urusan tuan/puan dipermudahkan sentiasa 🙂
Tempat : Dewan Kuliah Masjid Al Azim, Jalan Pandan Mewah, 55100 Pandan Indah, Kuala Lumpur
Jamuan ringan disediakan 🙂
Untuk pengesahan kehadiran, bagi nama penuh dan no hp anda di INBOX FB PROJEK IQRA’
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung dengan program ini, sila berhubung dengan :-
1) Khairul : 016 736 1067
2) Fariza : 019 325 2075
Moga kehadiran tuan-puan dapat memeriahkan majlis ini.
Pesanan : Di ingatkan, pemakaian hendaklah sopan 🙂
RSVP FB – KLIK >> GOING
Konferens riang pertama OutBox Malaysia!
Nama program: Mega OutBox 1,0
Tarikh: 24 & 25 Januari 2015
Tempat: UniKL MFI
13 orang penyampai.
5 slot.
2 persembahan.
1 tema.
“Change Is In Your Hands”
…
KERJASAMA : Langit Ilahi, Hamasah As-Syabab, Iman Shoppe, Ibrah Paradigm Training & Consultancy, Comichat, Teach For The Needs, Oblind.com, The Nasi Lemak Project , Printzilla, Trip Borong Guangzhou
===============================================================================
Alhamdulillah, pada sabtu dan ahad 24 & 25 Januari 2015 beberapa sukarelawan Projek Iqra’ menghadiri suatu konferens yang di anjurkankan oleh Outbox Malaysia di Unikl, MFI Bangi di mana lokasi asal Tunku Abdul Rahman Hall, MATIC telah di tukar ke sana di atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.
Seramai 7 orang sukarelawan Projek Iqra’ telah menghadiri program yang memberi inspirasi dan idea kepada para peserta program ini yang di sampaikan oleh speaker-speaker yang sangat hebat ! Untuk pengetahuan Mega Outbox 1.0 ini di tiruvasi dari TedTalk di mana para penyampai memberi inspirasi dan berkongsi pengalaman dalam bidang kepakaran mereka masing-masing.
Tagline “Brain’s No Box” di hurai sendiri Saudara Afiq Sazlan yang merupakan Pengarah Outbox Malaysia sebagai pembuka Program Mega Outbox 1.0 ini, di mana kata beliau seandainya kita meletakkan otak didalam kotak, bukan diluar, anda akan berada dalam satu objek berbucu 4 atau 8 bucu yang mempunyai isipadu yang berlimitasi, dan tidak mampu berkembang. Mengapa mengurung satu organ yang mampu merubah dunia. Kalau mampu, pijak dan hancurkan sepenuh hati. Bebaskan otak anda, sebab otak anda berpotensi menjadi asbab bersama-sama untuk mengubah dunia ke arah lebih baik!
Elemen kejutan tanpa memperkenalkan terlebih dahulu siapa speaker yang akan menyampai kata-kata inspirasi ini amat menarik. Di mana di kalangan para peserta tertanya-tanya siapakah mereka-mereka yang akan menyampai dan mengisi kelima-lima slot yakni slot The Power of Ilmu, Slot Power of Idea, Slot Power of Media, Slot Power of Art dan Slot Power of Al-Fateh.
Antara senarai speaker hari itu adalah Ustaz Hasrizal, Hilal Asyraf, Zulfikri Zamir untuk Slot The Power of Ilmu
Ahmad Naim Jaafar, Sis Mastura, Muharikah – Dr Aisyah untuk Slot the Power of Idea
Nazirul Haziq, Aiman Azlan, Ameen Misran untuk Slot The Power of Media
Irfan Foner, Mustaqim Mahfar untuk Slot The Power of Arts
Ustaz Shaari serta PU Izzat untuk Slot The Power of Al-Fateh
===============================================================================================
Slot The Power of Ilmu
Apa yang boleh di simpul dari ketiga-tiga penyampaian speaker Ilmu perlu dicari dan dituntut kerana ia tidak akan datang dengan sendiri. Ilmu yang dibelajar tidak selalu mencerminkan realiti, mempraktikkan ilmu itu juga adalah suatu cara pembelajaran. Kadang-kadang ilmu itu bukan datang dari pembacaan dan pembelajaran semata-mata pengalaman juga adalah ilmu yang berharga. Selain itu, Ilmu adalah asas pergerakan dan perjuangan yang akan mencerminkan masa depan yang ingin di bentuk nanti.
Slot The Power of Idea
Di slot ini pula setiap idea yang dikeluarkan perlu ada wawasan, matlamat dan maksud yang jelas agar sesuatu perkara yang dibuat atau di lakukan tidak merasa sia-sianya itu. Kita hendaklah tidak takut di kritik melontar idea. Dalam diri kita ada “lizard brain” di mana telah menjadi penghalang kepada diri untuk berani melontarkan idea-idea. Jika diri dapat mencantas “lizard brain” ini kemungkinan besar idea yang kita lontarkan akan berhasil. Yang paling penting adalah IDEA HANYALAH SEKADAR IDEA JIKA TIDAK ADA TINDAKAN.
Bagaimana hendak merealisasikan idea?
Perlu ada mentor, gol yang jelas, ilmu, keinginan yang tinggi, networking and support system. Selain itu, perlu banyak membaca atau dengan kata lain bercinta dengan BUKU! .
Slot the Power of Media
Di dalam slot ini speaker mengajak para peserta untuk berkongsi keinginan yang di lakukan melalui media social. Mencari pengikut yang akan bersedia memberi sokongan, dorongan dan bantuan yang sewajarnya. Selain itu, bagi yang berminat dalam media, atau sesiapa sahaja yang ada kamera atau perakam video, di galakkan untuk mendokumenkan kisah-kisah benar dari sekeliling anda yang akan memberi inspirasi kepada semua orang. Ini mampu memberi suatu nilai moral yang amat berguna untuk memberi inspirasi dan manfaat kepada orang ramai. Para peserta juga di ingatkan untuk menguasai media dengan bahasa yang betul di mana dapat menyampaikan sesuatu idea/ visi agar penyampaian yang mantap dan jelas dapat di sampaikan.
Slot the Power of Arts
Antara sebab anda perlu berkarya dari pengasas Comicchat :- Mengubah Umat, berkongsi ilmu, seni medium, karya yang mendidik, Komik berkualiti dan pasaran yang mahukan komik berkualiti.
-Mengubah masyarakat menggunakan seni dengan cara berkongsi ilmu secara indirectly.
-Menggunakan karya seni yang bersifat mendidik masyarakat sangat membantu memudahcarakan penyampaian.
Slot the Power of Al-Fateh
Di dalam slot ini semangat Al-Fateh telah di sampai kepada kami peserta yang muda agar bersedia dan juga bersemangat untuk berjuang demi agama. Dalam untuk mengubah dunia, kepentingan ilmu amat di titik beratkan agar tidak menjadi seorang pemimpin “tin kosong”. Dalam berorganisasi pula ketua memainkan peranan penting dalam membentuk sebuah negara yang hebat!
===============================================================================================
Semoga segala berkongsiaan ilmu yang di sampai kan speaker-speaker bermanfaat kepada semua peserta Program MegaOutbox 1.0 . Didoakan agar MegaOubox seterusnya akan lagi gemilang dan terbaik.!
Terima kasih kerana sudi membaca. 🙂
LAPORAN KELAS RAKYAT 2015 (PREP MALAM) – Minggu 2
TARIKH : 26, 27 & 28 Januari 2015
MASA : 8 PM – 10PM
TEMPAT : RUMAH ATTAQWA PUTRA PERDANA PUCHONG, SELANGOR
PREP MALAM
Demi memastikan keberkesanan program Kelas Rakyat kepada anak-anak di Rumah At-Taqwa, prep malam yang mula diperkenalkan pada semester 2 (2014) telah diteruskan lagi pada tahun 2015 ini. Untuk pengetahuan prep malam di jalankan setiap hari isnin- rabu dari pukul 8.00-10.00 malam membantu adik-adik menyiapkan kerja sekolah mereka.
Terima kasih kepada sukarelawan-sukarelawan berikut yang telah datang hadir diantara hari isnin, selasa dan rabu di Prep Malam iaitu ;
1. Siti Sarah Nor Isahak
2. Siti Asmah bt Che Harun
3. Nor Mazwin bt Ismail
4. Siti Hazbila Ishak
5. Mohd Faizal Tauhir
6. Mohd Fahmi Hassan
7. Zahidah bt Isa
8. Wan Nur Iffah Haziqah
9. Noraini binti Omar