Kategori

PROJEK IQRA`


PROJEK: Program Kesihatan Baitul Ehsan 2013

Insya’ Allah Program Kesihatan Baitul Ehsan 2013 akan diadakan pada 30 Jun 2013. Program yang diadakan untuk kali kedua ini mencari doktor lelaki dan doktor perempuan yang free pada tarikh itu untuk memeriksa kesihatan pelajar lelaki dan perempuan di Baitul Ehsan.

Antara masalah utama yang sering berlaku ialah scabbies dan kutu. Oleh itu, dengan adanya program ini, adik-adik Baitul Ehsan akan didedahkan dengan kaedah menjaga kesihatan yang betul supaya tahap kesihatan mereka dapat ditingkatkan.

poster Projek Iqra Kepada para doktor yang ingin menyertai secara sukarela, boleh berhubung dengan Sharifah Sharina (017-274 8904) atau email ke [email protected]

Lokasi asrama lelaki Baitul Ehsan di Batu Caves, Selangor dan asrama perempuan di Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Program Pemeriksaan Kesihatan Di Baitul Ehsan

Pada 12 Ogos 2012 yang lalu, Projek Iqra’ telah menganjurkan program pemeriksaan kesihatan di Baitul Ehsan. Walaupun ia program yang tercetus secara singkat, kami berjaya mengumpul 4 orang doktor untuk bersama-sama bersukarelawan di Baitul Ehsan.

Pada jam 10 pagi, seramai 4 orang doktor iaitu Dr. Sharina Mohd Razali dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Ruziana, Dr Shikin dan Dr Syah dari Hospital Kuala Lumpur telah sudi meluangkan masa untuk datang ke Baitul Ehsan memeriksa kesihatan anak-anak Baitul Ehsan.

Kumpulan anak lelaki diperiksa oleh Dr Shikin dan Dr Syah di rumah sebelah manakala kumpulan anak perempuan telah diperiksa oleh Dr. Sharina dan Dr. Ruziana di rumah perempuan. Dr. Sharina juga telah membawa berus gigi dan ubat gigi sumbangan Yayasan Tuanku Abdul Rahman dan menunjukkan cara memberus gigi dengan betul.

Program berakhir pada jam 2 petang. Anak-anak Baitul Ehsan turut diberikan ceramah kesihatan ringkas sebelum program berakhir. Kesimpulan daripada program ini didapati anak-anak Baitul Ehsan mengalami 2 masalah kesihatan yang sering berlaku iaitu masalah kutu dan masalah scabies.

Projek Iqra’ mengucapkan jutaan terima kasih kepada keempat-empat doktor yang telah sudi meluangkan masa memeriksa kesihatan anak-anak Baitul Ehsan dengan percuma.

 

[nggallery id=1]

Info Berkaitan