Kategori

PROJEK IQRA`


Laporan Projek Perpustakaan Mini Tadika Misbahuddin Kg Guar, Ban Khuan, Satun, Thailand

Projek Perpustakaan Mini ini timbul secara spontan apabila melihat foto dan cerita di Facebook Cik Karlisa berkenaan Tadika Misbahuddin, Kg Guar, Ban Khuan, Satun, Thailand yang kekurangan buku. Diskusi secara online berlangsung antara team Projek Iqra’ dan Cik Karlisa yang tinggal di kampung itu. Pada 8 April 2014, kempen Perpustakaan Mini dilancarkan.

Perpustakaan Mini di Tadika Misbahuddin Kg Guar , Ban Khuan,Satun,Thailand

Sasaran sumbangan pada awalnya ialah RM700 namun apabila kempen ditutup, sejumlah RM1000 berjaya dikumpulkan! Alhamdulillah 🙂

Sebelum misi membeli buku bermula, Cik Karlisa memperkenalkan kami dengan En. Zulhisham yang tinggal di Bukit Mertajam yang dalam perancangan akan memandu ke Satun untuk menghantar sumbangan peribadi beliau berupa monitor dan netbook. Beliau dengan bermurah hati bersetuju menumpangkan sumbangan buku ini juga kerana kos pos ke Thailand agak mahal.

Perpustakaan Mini Projek Iqra' 8

Memborong set alatulis sebagai hadiah buat adik-adik di Tadika Misbahuddin

Perpustakaan Mini Projek Iqra' 9

Kiri: Sharifah Sharina dan Muhammad Solleh Mahfuz

Pada 15 April, team Projek Iqra’ ke Mydin USJ untuk membeli alatulis secara borong kerana di Mydin harganya murah. Kami membeli 230 set alatulis sebagai hadiah untuk setiap pelajar disana. Selepas itu, kami ke syarikat penerbitan buku kanak-kanak terkenal iaitu Ladybug Books yang terletak di Puchong Utama, Selangor. Pemilik syarikat iaitu Tuan Awtar Singh telah bermurah hati memberikan diskaun bagi pembelian untuk tujuan amal ini.

Perpustakaan Mini Projek Iqra' 10

Muhammad Solleh Mahfuz dan Suhaimi Manan memilih buku dengan bantuan Melvin

Kami menghabiskan masa hampir sejam memilih buku yang sesuai dengan bantuan anak beliau iaitu Malvin.

Perpustakaan Mini Projek Iqra' 11

Buku-buku yang diminta untuk kegunaan Tadika Misbahuddin dan penduduknya ialah buku belajar Bahasa Melayu dan buku cerita Bahasa Melayu.

Perpustakaan Mini Projek Iqra' 12  Perpustakaan Mini Projek Iqra' 13  Perpustakaan Mini Projek Iqra' 14

 

Pada keesokan malam kami bertungkus lumus membungkus kesemua buku dan alat tulis kedalam 3 buah kotak. Buku bacaan Bahasa Inggeris turut ditambah kedalamnya. Pada hari Khamis, kesemua kotak telah dihantar ke Shah Alam untuk penghantaran ke Bukit Mertajam menggunakan bas. Tuan Zulhisham begitu baik hati menunggu hingga bas tiba hampir jam 1 pagi. Pada hari Sabtu, ia telahpun selamat diserahkan kepada wakil sekolah dan penduduk di Kg Guar.

Perpustakaan Mini Projek Iqra' 15

Alhamdulillah, kami berasa amat gembira kerana dapat menyempurnakan amanah para penderma.

Projek Perpustakaan Mini Projek Iqra'

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada individu-individu yang telah menyumbangkan wang tunai untuk Projek Perpustakaan Mini Tadika Misbahuddin Kg Guar, Ban Khuan, Satun, Thailand ini. Tak lupa juga kepada blogger Karlisa Latisya yang mencetuskan idea projek ini kepada Projek Iqra’. Takkan kami lupakan jasa baik En Zulhisham yang sanggup menunggu tengah malam menunggu ketibaan bas yang membawa kotak-kotak buku ini dari Kuala Lumpur ke Bukit Mertajam dan seterusnya membawanya ke Thailand. Budi dan jasa baik tuan sekeluarga takkan kami lupakan, insya’ Allah.

Tuan Zulhisham telah melancarkan Projek Wakaf Set Kerusi Meja. Boleh baca DISINI untuk cara menyumbang.

Projek Perpustakaan Mini tetap diteruskan kini dengan edisi 2.0 kerana masih banyak rumah-rumah yang memerlukan bahan bacaan. Klik SINI untuk maklumat lanjut.

Info Berkaitan