MEDIA PROJEK IQRA`

Permohonan Menjadi Sukarelawan Shopping Raya 2013


Terima kasih kerana berminat untuk memohon menjadi sukarelawan Shopping Raya 2013. Seperti tahun lalu, sukarelawan amatlah diperlukan untuk membawa setiap anak yatim/fakir miskin ke pusat membeli-belah dan membantu mereka mencari pakaian atau apa sahaja yang mereka ingin beli pada hari tersebut.

Sukarelawan Shopping Raya terdiri daripada seorang pilot (pemandu kereta) dan co-pilot (pembantu). Umur minima seorang pilot ialah 20 tahun dan umur minima seorang co-pilot ialah 12 tahun. Memiliki kereta adalah wajib kerana kenderaan sendiri perlu untuk membawa anak yang ditugaskan dibawah jagaan pilot dan co-pilot ke lokasi membeli-belah.

Tugas Sukarelawan Shopping Raya:

  • Membawa anak yatim/fakir miskin yang dipertanggungjawabkan kepada pilot dan co-pilot dari rumah anak yatim ke pusat membeli-belah yang telah dipilih
  • Membantu anak jagaan mereka memilih keperluan hari raya berdasarkan bajet yang diberikan
  • Membawa anak jagaan mereka ke tandas jika perlu
  • Menghantar anak jagaan mereka pulang semula ke rumah selepas selesai membeli-belah
  • Menjaga keselamatan anak jagaan mereka pada sepanjang waktu

Taklimat keselamatan akan diberikan di lokasi program. Aturcara program seperti berikut:

8.30am – Sukarelawan dan anak yatim/fakir miskin berkumpul di rumah tersebut

9.00am – Pendaftaran sukarelawan, ucapan aluan oleh pengetua rumah, ucapan aluan oleh AJK Projek Iqra’ , taklimat keselamatan

9.30am – Pengagihan anak dan duit belanja kepada sukarelawan (2 orang budak dijaga oleh sepasang sukarelawan) diikuti sesi fotografi setiap kumpulan

10.00am – Sesi fotografi beramai-ramai

10.15am – Bergerak ke pusat membeli-belah

2.00pm – Semua anak-anak sudah dikembalikan ke rumah, sukarelawan menandatangani borang tanda serah anak dan pulang tanpa perlu menunggu kesemua sukarelawan pulang.

*Sukarelawan boleh balik terus ke rumah selepas selesai membeli-belah tanpa perlu menunggu semua sukarelawan habis bertugas. Menjelang 2 petang, semua anak mesti sudah pulang.

Petugas Projek Iqra’ akan berada di lokasi membeli-belah untuk membantu jika ada masalah.

Terdapat 5 lokasi Shopping Raya 2013:

1. Rumah Gemilang, Sik, Kedah akan membeli-belah di Mydin Wholesale Hypermarket Taman Saga, Alor Setar pada 20 Julai 2013 (SUDAH SELESAI)

2. Pertubuhan Kebajikan Baitul Ehsan Al-Khairi, Tmn Maluri, KL akan membeli-belah di Tesco Ampang pada 27 Julai 2013 (SUDAH PENUH)

3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan) akan membeli-belah di Tesco Nilai pada 27 Julai 2013 (SUDAH PENUH)

4. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana,  Puchong (Selangor) akan membeli-belah di Mydin USJ pada 27 Julai 2013. (SUDAH PENUH)

5. Badan Kebajikan Siti Khadijah, Kota Damansara (Selangor) akan membeli-belah di Mydin USJ pada 28 Julai 2013 (6 KEKOSONGAN)

Bilangan kenderaan yang diperlukan bergantung kepada bilangan anak pada setiap rumah. Anda diminta mengisi borang dibawah ini dan kami akan menghubungi anda untuk memaklumkan samada anda terpilih ataupun tempat sudah penuh.

Permohonan kini dibuka. Tempat adalah terhad. Sila isi borang dibawah ini dengan lengkap dan anda akan dihubungi untuk proses pengesahan penyertaan. Sebarang pertanyaan boleh emailkan ke info@projekiqra.com / 017-274 8904 (Sharifah Sharina)

Sebelum mengisi borang, sila rujuk kekosongan sukarelawan di lokasi yang anda ingin sertai di http://www.projekiqra.com/senarai-lengkap-sukarelawan-shopping-raya-2013/

TERKINI: Sukarelawan yang namanya sudah terpilih jika tidak dapat hadir, mohon hubungi kami secepat mungkin untuk kami carikkan pengganti.