Tabung Pendidikan Iqra 2017 - Renewal

Tabung Pendidikan Iqra 2017 - Renewal

Tajaan Minima

RM 10.00

Sasaran

RM 79560.00

14.00% Complete
INFORMASI KEMPEN

SEDIKIT BAGI ANDA. BESAR MAKNANYA BAGI MEREKA

LATAR BELAKANG

Menyedari tentang masa depan ramai anak-anak yang kurang berkemampuan samada disebabkan kemiskinan atau yatim piatu, rata-ratanya tidak jelas. Apatah lagi jika pencapaian akademik mereka tidak setanding dengan rakan yang seusia dengan mereka. Ini menjadikan cita-cita mereka semakin…. kabur.

Andaikata ketidak seimbangan ini gagal ditangani. Dalam masa yang panjang,  ianya bakal memberi kesan kurang menyenangkan, apatah lagi apabila mereka telah menempuhi SPM dan melangkah ke dunia sebenar yang penuh mencabar selepas itu. Sendirian.

Projek Iqra’ mengambil inisiatif memberi sokongan kepada golongan ini. Dengan bantuan komuniti dan warga Malaysia yang prihatin,  program-program yang memfokuskan kepada progress pendidikan mereka telah dijalankan. Komitmen ini secara tidak langsung memberikan signal kepada mereka yang kurang bernasib baik bahawa ada pihak yang mengambil berat tentang pendidikan sekolah mereka.

Namun begitu, ianya tidak harus berhenti setakat ini sahaja.

Projek Iqra’ ingin menarik perhatian anda, untuk membantu melepaskan beban mereka dengan memberi kehidupan baru kepada anak-anak ini selepas mereka berusia 18 tahun. Mahukah anda berganding bahu untuk keluarkan mereka daripada jerat kemiskinan ini?.

Memperkenalkan Tabung Pendidikan Iqra’ (TPI).

PENGENALAN

Tabung Pendidikan Iqra’ (TPI)  merupakan program pelengkap kepada semua aktiviti pendidikan yang dijalankan oleh Projek Iqra. Ini adalah program jangka panjang dilancarkan untuk membiayai pelan pendidikan kepada anak-anak yatim, miskin dan asnaf di rumah kebajikan dan komuniti setempat.

Matlamat akhir program ini adalah untuk menyediakan tunai apabila anak ini berusia 18 tahun yang berperanan sebagai pembuka pintu kepada lebih banyak peluang-peluang lain. Projek Iqra’ percaya jika seorang daripada anak dalam keluarga yang kurang mampu ini berjaya, ianya dapat mengubah nasib keluarga tersebut keluar daripada perangkap kemiskinan.

Pada tahun ini. program ini telah memasuki tahun yang ke-empat (5) seperti berikut.

**Pihak Projek Iqra’ akan mengemaskini maklumat perihal peribadi pelajar yang telah didaftarkan bagi tujuan makluman kepada penaja dari masa ke semasa.

SENARIO

Anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan apabila berusia 18 tahun akan terpaksa berdikari dan tidak lagi dibenarkan menetap dirumah kebajikan tersebut.

Apa yang boleh dilakukan pada usia tersebut adalah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Namun begitu tanpa simpanan pendidikan, ramai antara anak-anak ini mempunyai masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Anak-anak yang mempunyai potensi dalam bidang kemahiran juga mempunyai kesukaran mendapatkan wang sama ada untuk meneruskan belajar dalam bidang kemahiran atau memulakan perniagaan (start-up).

Tabung Pendidikan Iqra’  (TPI ) merupakan satu pelan pendidikan yang akan memberikan mereka tunai pada usia 18 sebagai tiket untuk mereka melangkah ke dunia sebenar dan seterusnya mengubah nasib keluarga mereka, keluar dari kemelut kemisikinan.

OBJEKTIF KEMPEN

  1. Mengumpulkan dana bagi menaja pembaharuan pelan simpanan penerima manfaat terkumpul untuk  51 orang penerima manfaat.
  2. Dana ini akan ditaja jamin oleh Great Eastern Takaful sehingga penerima TPI berusia 18 tahun.

TONTON VIDEO TABUNG PENDIDIKAN IQRA’ : https://www.youtube.com/watch?v=ioeKUTx3XFA

 

COUNTDOWN – KEMASKINI TERKINI KEMPEN

{kemaskini akan menyusul}

SASARAN KEMPEN TPI 2017 – renewal

Pembaharuan  : 51 penerima manfaat

Tajaan untuk 1 penerima manfaat : RM 1560

KOMITMEN KAMI

Projek Iqra’ komited untuk menyelaras dan terus melaksanakan program-program yang memberi nilai tambah kepada peningkatan pencapaian pendidikan anak-anak ini. Dari semasa ke semasa, beberapa program bakal distruktur terutamanya untuk fokuskan masa depan mereka selain merapatkan ukhwah diantara penaja dan pelajar yang ditaja. Kami juga komited untuk menjaga batas sempadan dan kerahsiaan yang harus dihormati terutamanya terhadap keluarga pelajar tajaan yang datang dari pelbagai latar belakang.

Kami menjemput anda untuk bersama-sama memulai perjalanan yang mengujakan ini : Mengubah hidup satu jiwa.

SALURKAN TAJAAN ANDA;

Anda boleh menaja dengan bermula serendah RM10

atau menaja seorang anak RM1560/setahun.

atau dengan jumlah keikhlasan anda.

2 CARA MUDAH MENAJA

 

1) Melalui Fungsi TAJA SEKARANG di sini.:

1) Masukkan jumlah tajaan yang anda mahu taja diruang diatas kotak ‘TAJA SEKARANG’

2) Klik button TAJA SEKARANG

3) Isi Bank pilihan untuk transaksi ini dan lengkapkan maklumat anda.

4) Klik TAJA SEKARANG

5) Masukkan Username dan Password internet banking anda

6) Lengkapkan process Transfer Money didalam talian.

7) Anda akan menerima notification di dalam email untuk rujukan transaksi ini

8) Anda akan dapati nama ada tersenarai sebagai donor di ruang bawah entri ini.

Atau,
KAEDAH MANUAL:
Bank-in atau online transfer ke :
AKAUN MAYBANK ISLAMIK No akaun : 564810504003
AKAUN CIMB ISLAMIK No Akauan : 8602657454
AKAUN BANK ISLAM No Akaun : 12122010012852

diatas nama : PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA

dan EMAILKAN slip transaksi beserta maklumat
1- NAMA PENUH,
2- ALAMAT SURAT MENYURAT
3- NO HP ke : info@projekiqra.com atau WhatsApp ke 019-2175597 ( Bendahari : Suhaimi) bagi mendapatkan resit sumbangan.

KESIMPULAN

Tabung Pendidikan IQRA’  ini adalah program menyediakan satu pelan pendidikan untuk memberikan peluang pendidikan yang lebih adil kepada anak-anak yang memerlukan, terutama mereka yang yatim, miskin dan asnaf samada yang tinggal di rumah kebajikan atau bersama keluaga di komuniti setempat. Kerjasama yang diwujudkan ini dapat membuka lebih banyak ruang untuk golongan sasar ini membina masa depan yang lebih baik, selain sebagai agenda pembangunan modal insan dan menggerakkan kesedaran terhadap pelajaran mereka yang kurang diambil peduli oleh masyarakat. Yang tidak berada perlukan yang berada untuk dunianya, yang berada perlukan yang tidak berada untuk akhiratnya.

“Pemberian anda membina sebuah kehidupan baru”