Kempen RM5 2017

Kempen RM5 2017

Tajaan Minima

RM 5.00

Sasaran

RM 78000.00

51.00% Complete
INFORMASI KEMPEN
Latar Belakang
Sekiranya anda merasakan apa yang Projek Iqra’ lakukan adalah wajar dan harus diteruskan, maka kami perlukan sokongan anda untuk sama-sama memastikan program-program yang telah dirancang dapat disalurkan manfaatnya kepada golongan sasar iaitu anak-anak yatim, miskin dan asnaf yang terlibat.

Dengan itu, pihak pengurusan Projek Iqra’ membuka peluang kepada orang ramai untuk menaja kos mengurus persatuan seperti sewa pejabat, bil-bil utiliti, dan lain-lain.

Memandangkan Persatuan belum lagi mempunyai pendapatan tetap untuk mengurus persatuan, KEMPEN RM 5.00 ini dilancarkan untuk membantu kami ringankan kos tadbir urus untuk menjalankan program dan aktiviti setiap bulan.

InShaAllah apabila anda memyokong kempen ini, anda membantu persatuan kami untuk mempunyai modal kewangan supaya dapat menjalankan lebih banyak program dan lebih ramai anak-anak yang kurang mampu ini akan menerima manfaatnya.

Semoga usaha anda ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.

KE MANA TAJAAN ANDA DIBELANJAKAN SETIAP BULAN – BAGI TAHUN 2017
Perkara RM
1 Sewa Pejabat 2000.00
2 Elaun Staff 3000.00
3 Kos Promosi Kempen 1000.00
4 Utiliti (Air/Electric/Internet/Telefon dan sebagainya) 500.00
Jumlah Keseluruhan 6500.00

* KEMPEN INI AKAN DIJALANKAN PADA SETIAP BULAN *

JUMLAH YANG DIPERLUKAN SEPANJANG TAHUN  : RM 6,500 x 12 bulan = RM 78,000

BAGAIMANA UNTUK MENAJA ?

1) Masukkan jumlah tajaan yang anda mahu taja diruang diatas kotak ‘Donate NOW’

2) Klik button Donate NOW

3) Isi Bank pilihan untuk transaksi ini dan lengkapkan maklumat anda.

4) Klik Donate Now

5) Masukkan Username dan Password internet banking anda

6) Lengkapkan process Transfer Money didalam talian.

7) Anda akan menerima notification di dalam email untuk rujukan transaksi ini

8) Anda akan dapati nama ada tersenarai sebagai donor di ruang bawah entri ini.

ATAU

BANK IN SECARA MANUAL / Internet Banking ke Akaun Maybank : 564810504003 (Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia)