Kempen Kelas Rakyat Sesi Julai - Nov 2019

Kempen Kelas Rakyat Sesi Julai - Nov 2019

Tajaan Minima

RM 70.00

Sasaran

RM 31500.00

16.00% Complete

INFORMASI KEMPEN


TAJAAN UNTUK KELAS RAKYAT 2019 bagi sesi Julai hingga November 2019 kini DIBUKA

Program pembangunan pendidikan ini untuk anak-anak yang masih belum menguasai asas membaca dan mengira seperti yang sepatutnya. Mereka disaring daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Kelas Rakyat 2019 yang memasuki tahun ke-7 akan berjalan selama 10  bulan. Setelah berjaya memastikan program berjalan secara konsisten sebelum ini, Kelas Rakyat 2019 bakal menyaksikan manfaat ini disebar luas kepada anak-anak komuniti berpendapatan rendah dan tercicir pelajaran.

PENGENALAN PROGRAM KELAS RAKYAT

Kelas Rakyat dijalankan secara mingguan dirumah kebajikan dan komuniti yang terpilih sejak 2013.

Program ini disertai oleh sukarelawan yang berperanan sebagai pengajar subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan BM Penulisan dengan menggunakan modul i-Sina.

Setiap sesi kelas memakan masa selama 2 jam sehari / 2 hari seminggu

Program ini di reka untuk 3/4 bulan (satu semester)*

Kempen crowd funding dilancarkan untuk memberi peluang kepada orang ramai yang mahu merebut peluang untuk menaja program ini.

Kelas Rakyat 2019 akan diperbaiki dengan penambakbaikan berikut;

  1. Meneruskan  Kelas Baca di PPR Seri Cempaka kerana ramai masih memerlukan bantuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca.
  2. Memperkenalkan Reward System yang telah direka khas untuk menarik minat pelajar hadir dan tidak ponteng kelas
  3. Kelas Rakyat menggunakan modul khas I-Sina yang mengikut tahap kebolehan dan kemampuan murid

OBJEKTIF:

1) Memberi bantuan dalam pelajaran anak-anak dirumah kebajikan dan komuniti yang terlibat untuk jangkamasa 3 bulan setiap semester dan tidak bersifat one-off.

2) Menjadi platform kepada sukarelawan berganding bahu untuk membantu anak anak yatim, miskin , asnaf dan corot dilokasi-lokasi yang terlibat dalam memperbaiki tahap penguasaan membaca , menulis dan mengira, supaya dapat memantapkan pemahaman subjek-subjek yang dipelajari disekolah.

3) Membuka peluang untuk penderma/penaja menaja supaya ilmu yang bermanfaat dapat disampaikan dengan berkesan agar faedahnya berpanjangan sebagai amal jariah. In Sha Allah ganjarannya mengalir walaupun nyawa sudah berpisah dengan badan.

 

SASARAN BAGI SESI 2/2019 :

90 orang Pelajar yang terlibat untuk program Kelas Rakyat 2019 adalah daripada komuniti berikut :-

  1. Komuniti Flat Taman Semarak , Nilai, Negeri Sembilan (30 orang)
  2. Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil, Kuala Lumpur (30 orang)
  3. Komuniti Kg Kerdas, Gombak, Selangor (30 orang)

manakala , pihak PRUBSN melalui inisiatif PRUBSNPRIHATIN telah menaja pelajar pelajar di  Kelas Rakyat berikut :-

  1. Komuniti Pangsapuri Sri Purnama, Subang Bistari, Selangor
  2. Komuniti PPR Seri Cempaka, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
  3. Komuniti Flat Seri Kelantan , Kuala Lumpur
  4. Komuniti PPR Lembah Subang, Selangor
  5. Pelajar pelajar  di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, Klang, Selangor
  6. Pelajar pelajar di Sekolah Kebangsaan Haji Hussain, Sik, Kedah

PERJALANAN KEMPEN

Kempen Kelas Rakyat 2019 akan dijalankan bermula Julai 2019 hingga November 2019

TAJAAN YANG DIPERLUKAN

Kos seorang pelajar untuk sebulan = RM70

Sasaran pelajar yang perlu ditaja sebulan = 90 orang

*kami meletakan Rm70/pelajar bagi memudahkan ‘countdown’ untuk kempen. kami mengalu alukan sebarang bentuk jumlah untuk disumbangkan. Inshallah, pihak kami akan

mengumpulkan jumlah sumbangan sehingga cukup seperti yang disasarkan

Sudikah anda berganding bahu menjadi agen perubahan untuk perkembangan pendidikan anak-anak ini?

PECAHAN KEMPEN /PEBELANJAAN PROGRAM KELAS RAKYAT 2019 

untuk setiap RM70 yang disumbangkan , ianya akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :-

  • 46 % untuk kos pelajar (modul,, alat tulis dsb)                                          =  +/- RM 32.20 akan diperuntukkan kos pelajar
  • 30 % untuk kos sukarelawan (pengankutan dsb)                                     = +/- RM 21.00 akan diperuntukkan kos sukarelawan
  • 24 % untuk kos pengurusan program (elaun koordinator, kempen, dsb) = +/- RM 16.80 akan diperuntukkan kos pengurusan program

 

BAGAIMANA UNTUK MENAJA PROGRAM KELAS RAKYAT 2019?

1) Masukkan jumlah tajaan yang anda mahu taja diruang diatas kotak ‘TAJA SEKARANG’

2) Klik button TAJA SEKARANG

3) LANGKAH 1: BUTIRAN TAJAAN. Pilihan Pembayaran iaitu pilih nama bank yang anda gunakan.

4) Masukkan maklumat yang diperlukan: Nama, Email, RM, No Telefon dan Alamat

6) LANGKAH 2: PENGESAHAN. * Semak Informasi Anda. Jika semuanya tepat, klik butang CONFIRM

7) Anda akan dibawa ke website mobile88.com dan pastikan ada logo Projek Iqra’ terpapar. Klik butang Proceed. Web online banking pilihan anda akan terpapar.

8) Masukkan username dan password sepertimana anda lazim menggunakan online banking. Corporation Name: Mobile88.Com Sdn Bhd ini ialah nama syarikat penyedia perkhidmatan payment getaway yang Projek Iqra’ gunakan. Prosesnya seterusnya seperti proses online banking yang anda biasa lakukan.

9) Setelah selesai, anda akan dibawa kembali ke website Projek Iqra’ dan satu resit akan dihantar ke email anda secara automatik

———————————————————————————————–

Atau,

KAEDAH MANUAL:

Bank-in atau online transfer ke :

Akaun MAYBANK Projek Iqra’ di no akaun : 564810504003

Akaun CIMB Projek Iqra’ di no akaun : 8602657454

Akaun Bank Islam Projek Iqra’ di no akaun : 12122010012852

diatas nama : PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA

dan emailkan slip transaksi ke : info@projekiqra.com atau

WhatsApp ke BENDAHARI 0162065597 (Suhaimi) / suhaimi@projekiqra.com bagi mendapatkan resit sumbangan.

Ikuti perkembangan program Kelas Rakyat di:

www.fb.com/projekiqra

Twitter & Instagram Projek Iqra’