CADANGAN: Terangkan mengenai gelaran sukarelawan yang ada didalam Projek Iqra\', wujudkan ruangan FAQ program, tatacara menjadi sukarelawan - Mohd Sabri
Terima kasih kerana cadangan anda, ruangan ini diwujudkan. Gelaran sukarelawan Projek Iqra\' yang ada buat masa ini ialah:
Sukarelawan Projek Iqra\' - sesiapa sahaja boleh daftar secara online, menerima hebahan melalui email dan boleh menyertai mana-mana program yang diadakan tertakluk kepada syarat bagi setiap program yang akan diterangkan ketika program dilancarkan di website dan FB Projek Iqra\'
Sahabat Iqra\' - mereka yang aktif di media sosial iaitu blogger dan pemilik fanpage yang akan bertugas khusus menghebahkan informasi atau kempen Projek Iqra\' dari masa ke semasa melalui blog atau fanpage mereka. Ada Sahabat Iqra\' yang juga merupakan Krew Projek Iqra\' dan sebagai Sukarelawan Projek Iqra\' juga.
Krew Projek Iqra\' - sukarelawan yang bertugas menguruskan sesuatu program. Misalnya sebagai pengurus projek, koordinator, AJK, fotografer dll