Kategori

PROJEK IQRA`


Kem Motivasi dan Solat di Rumah At-Taqwa dan Rumah Semarak

Pada bulan Disember 2013, team Projek Iqra’ telah dipelawa oleh Yayasan Pelajaran MARA untuk mengendalikan kem motivasi untuk rumah anak yatim. 3 buah rumah telah kami pilih iaitu Baitul Ehsan, At-Taqwa Putra Perdana dan Rumah Semarak. Terima kasih Yayasan Pelajaran MARA kerana menaja ketiga-tiga kem ini.

Pada 2 dan 3 Disember 2013, program pertama diadakan di Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa Putra Perdana. Seramai 5 orang fasilitator telah dipilih untuk membantu program ini iaitu kak Umi, Zati, Iko, Harriz dan Siti Khadyja. Penceramah pula ialah AJ Nuruddin. Kesemua penceramah, fasilitator dan AJK Projek Iqra’ menginap di Hotel Sri Sutra di Bandar Puchong.

Pada hari pertama telah diadakan di Surau As-Sakinah Putra Perdana dan hari kedua diadakan di Rumah At-Taqwa. Program berjalan dengan lancar dan berakhir dengan majlis penyerahan sijil.

Pada 10 dan 11 Disember 2013, kami berkampung di Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan. Kali ini fasilitator Siti Khadyja digantikan dengan Amir. Program selama 2 hari ini diadakan di Masjid Al-Azim, Taman Semarak. Selain ditaja oleh Yayasan Pelajaran MARA, dua syarikat pembuatan roti dan bahulu turut menaja makanan iaitu Roti Maria dan Iza Bahulu & Kek. Terima kasih kami ucapkan.

Manakala program untuk Baitul Ehsan pula telah diadakan di Teratak Bernam River View pada 11 hingga 13 Disember 2013.

Projek Iqra’ ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Pelajaran MARA kerana menaja ketiga-tiga program ini, kepada para penceramah, fasilitator, pengurusan rumah, pelajar dan penaja makanan. Insya’ Allah program seumpama ini akan diadakan lagi di tahun 2014.

Foto Program Di Rumah At-Taqwa Putra Perdana.

Foto program di Rumah Semarak.

  Video program di Rumah Semarak

Info Berkaitan